Politik

Amanah sasar 6 kerusi Parlimen di Selangor

PARTI Amanah akan bertanding enam kerusi Parlimen di Selangor pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) berbanding lima kerusi pada 2018.

Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim berkata, enam kerusi itu adalah Shah Alam, Kota Raja, Kuala Selangor, Sepang, Hulu Langat dan Sabak Bernam.

“Nama-nama calon sudah dibincang, tetapi tak boleh dedahkan lagi. Setiap hari bertukar nama,” katanya pada majlis penyerahan bantuan banjir di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Amanah bertanding lima kerusi Parlimen, iaitu Shah Alam, Kota Raja, Kuala Selangor, Sepang dan Hulu Langat, yang semuanya dimenangi parti itu.

Sebelum ini, Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan meletakkan calon di lebih banyak kerusi yang ditandinginya pada PRU14.

Sementara itu, Izham berkata, beliau difahamkan Amanah menyasarkan untuk bertanding hampir 50 kerusi Parlimen di seluruh negara.

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan itu belum dimuktamadkan lagi. – FMT – SM

(Visited 258 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button