Nasional

Amanah salah guna dana petani untuk kempen PRK Tg Piai

SEBANYAK 38 bilik hotel telah ditempah atas nama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dari 15 Oktober hingga 15 November lalu di Pontian untuk kegunaan jentera parti Amanah.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, itu jelas merupakan penyalahguanaan dana petani untuk tujuan parti tertentu.

“Kalau RM200 satu bilik, sudah hampir RM8,000 sehari.

“Kalau 30 hari? Lebih dari RM200,000,” katanya melalui hantaran di twitter.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong sebelum ini mendedahkan skandal RM1.4 bilion yang menggemparkan sedang berlaku dalam kerajaan PH.

Dalam sidang akhbar di lobi Parlimen disiarkan secara langsung melalui media sosial, beliau menuduh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah menyalahgunakan kuasa untuk membatalkan satu tender yang diperolehi oleh pihak lain dan dianugerahkan kepada kroninya.

Sehubungan itu Ka Siong mendesak menteri berkenaan menjawabnya di Parlimen dan bukan menyerahkan kepada timbalan menteri atau ketua pengarah, kerana selaku menteri beliau yang berurusan dengan Perdana Menteri.

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button