Politik

Amanah, DAP tolak kerjasama dengan Azmin, Hamzah, Muhyiddin

PARTI Amanah dan DAP enggan terlibat dalam sebarang kerjasama dengan pemimpin yang pernah mengkhianati Pakatan Harapan (PH).

Walaupun sama ada percubaan atau pun perjanjian berkaitan usaha untuk merampas kembali kerajaan persekutuan.

Pemimpin tersebut adalah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Inudstri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut mereka, usaha untuk kembali ke Putrajaya hanyalah usaha pakatan yang terdiri daripada komponen asal PH, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan kem Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mereka turut menegaskan bahawa musuh sebenar adalah PH adalah gabungan parti yang menjadi kerajaan sekarang iaitu Perikatan Nasional (PN).

BACA > Sultan Johor biaya kos baik pulih wad HSA — Suara Merdeka

PN didakwa terbentuk selepas beberapa pemimpin yang asalnya dalam PH terlibat dalam ‘Langkah Sheraton’ bersama UMNO dan Pas.

“Adalah penting bagi parti-parti Pakatan Harapan Plus untuk mencapai kesefahaman tentang siapakah musuh sebenar.

“Amanah dan DAP berpegang bahawa Warisan dan kumpulan Dr. Mahathir dalam Bersatu bukanlah musuh.

“Sebaliknya mereka adalah sekutu dalam perjuangan menentang gabungan kleptokratik PN.

“Sebaliknya, kami berpandangan bahawa Muhyiddin, Mohamed Azmin dan Hamzah yang merupakan dalang jahat merencana rampasan kuasa Langkah Sheraton.

“Demi membebaskan pemimpin UMNO daripada pendakwaan rasuah dan memberi talian hayat kepada pentadbiran kleptokratik sebelum ini.

BACA > PRK Chini: 18 orang mengundi awal esok — Suara Merdeka

“Justeru itu, tidak boleh ada sebarang rundingan pembentukan kuasa dengan kumpulan pemimpin ini.”

Demikian kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahauddin Ayub dan Naib Pengerusi DAP, S. Kula Segaran dalam satu kenyataan yang dipetik portal Malaysiakini hari ini.

Lapor portal itu lagi, langkah yang dilakukan oleh tiga pemimpin berkenaan terutama Hamzah yang dikatakan menjadi ‘konspirator utama’ kejatuhan kerajaan PH.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir meletakkan jawatan pada 24 Februari lalu selepas yakin tidak mempunyai sokongan walaupun daripada partinya, Bersatu dan juga PH.

Perletakan jawatan itu juga dipercayai mempunyai kaitan dengan peralihan kuasa antara beliau dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baru-baru ini, Suara Merdeka memetik laporan portal sama, Dr. Mahathir menamakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri PH.

BACA > PKR: 5 termasuk 3 ADUN dilucut keanggotaan, 1 digantung, 3 diberi amaran — Suara Merdeka

Bagaimanapun, cadangan tesebut bukan kolektif dalam PH kerana belum diputuskan oleh Majlis Presidennya sama ada mahu bersetuju dengan Mohd. Shafie yang disebut sebagai ‘pilihan ketiga’. – SM

(Visited 434 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button