Hiburan

Program realiti ‘Pentas Marhaban’ bakal siar di TV AlHijrah

Saluran televisyen tempatan TV AlHijrah bakal membawakan sebuah program reality TV berjudul ‘Pentas Marhaban’.

Ia merupakan rancagan realiti berasaskan Islamik yang mengangkat kebudayaan seni suara dalam Islam seperti seni berjanzi, marhaban dan qasidah sebagai hiburan kekeluargaan di kaca televisyen.

Menurut selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Namanzee Haris, TV AlHijrah sentiasa memposisikan sebagai egen penyebar dakwah dalam fardu kifayah untuk mendidik masyarakat Malaysia.

Antara yang terlibat dalam menjayakan program

Namanzee juga teruja kerana TV AlHijrah merupakan satu-satunya stesen televisyen negara yang mengangkat aktiviti berzanji dan marhaban yang menjadi amalan tradisi masyarakat melayu dalam majlis-majlis perkahwinan, berkhatan dan cukur jambul ke kaca televisyen dan seluruh medium penyiaran sebagai program realiti.

Pentas Marhaban diterbitkan bagi memenuhi metodologi dakwah yang lebih kreatif, bersesuaian dengan konsep Malaysia MADANI, Pelan Transformasi Al-Falah, peredaran zaman, kehendak penonton serta selari dengan tuntutan syarak. Ini secara jelasnya akan mewujudkan masyarakat yang lebih seimbang dari aspek spiritual dan fizikal,” jelas Namanzee.

Pentas Marhaban akan disiarkan secara langsung selama lapan minggu dari Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah, pada setiap Sabtu, jam 9 malam mulai 11 November akan datang,” katanya lagi.

TV AlHijrah berkeyakinan bahawa Pentas Marhaban yang diterbitkan secara kreatif, bersifat malar segar, sesuai dengan selera dan penerimaan masyarakat mampu melahirkan masyarakat penonton yang berjiwa tauhid dalam kerangka dan batas syariat.

Maklumat lanjut serta perkembangan terkini rancangan Pentas Marhaban  boleh didapati di laman sesawang TV AlHijrah, laman media sosial TV AlHijrah, portal Alhijrahnews.com serta portal HBIT.my.

Artikle Berkaitan :>

TV AlHijrah bersolidariti bersama Palestin

(Visited 234 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button