PencemaranRencah Hidup

4 kawasan di Johor, Negeri Sembilan catat IPU tidak sihat

Kualiti udara empat kawasan di dua negeri di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 10 pagi pada Ahad.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU tertinggi direkodkan di Larkin, Johor dengan bacaan 151 diikuti Nilai, Negeri Sembilan (124); Port Dickson, Negeri Sembilan (109) dan Batu Pahat, Johor (104).

Sementara itu, berdasarkan peta taburan IPU di laman web tersebut, sebanyak 51 stesen APIMS di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana, manakala 13 stesen lagi mencatatkan bacaan baik iaitu di Sabah dan Sarawak.

Sebagai rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui bacaan IPU terkini.

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button