Rencah Hidup

Amal diet air mineral, gadis takut tengok jari jadi biru

INGIN memiliki tubuh yang ramping, pelbagai kaedah, tip dan diet diamalkan demi menurunkan berat badan tetapi jangan tersalah percaturan sehingga memudaratkan kesihatan.

Memetik laporan mStar, gadis yang dikenali sebagai Nurin Jamaluddin, 20, telah mengamalkan diet yang agak ekstrem sehingga tapak tangannya berubah menjadi biru pucat.

Menurut Nurin, dia hanya mengamalkan diet dengan cara sendiri tanpa berunding dengan mana-mana pakar kesihatan.

“Saya nak turunkan berat badan kerana banyak baju tak muat dan juga rasa memang patut diet sebab berat badan makin hari makin naik.

“Saya tak consult dengan mana-mana orang pun. Hanya ikut cara diet sendiri je. Saya ajar diri untuk tak makan setiap hari kemudian jadi terbiasa.

“Masa mula diet, saya baru nak mula kerja jadi memang tak kisah pasal makan. Memang berhenti makan terus masa tu. Pergi kerja hanya bawa air mineral.

“Saya hanya makan pada waktu petang. Saya ambil nasi, itu pun dalam portion yang kecil,” katanya.

Nurin berkata, berat badannya turun dari 69 kilogram (kg) kepada 55 kg selama lima bulan mengamalkan kaedah tersebut.

Namun, kejadian tapak tangan menjadi biru pucat yang berlaku pada 20 Mac tahun lalu telah menyedarkan dirinya untuk mengubah cara pemakanan yang tidak sihat itu.

Nurin berkata, mungkin ia berlaku kerana hanya minum air mineral dan tidak makan langsung.

Tambahnya, walaupun keadaan tidak serius, namun dia serik untuk mengulangi kaedah yang sama.

“Alhamdulillah lepas kejadian itu saya okay. Saya masih diet lagi selepas itu tapi tidaklah sampai tak makan terus. Kalau rasa lapar, saya ambil roti, kalau dulu saya minum air mineral saja jika lapar,” katanya.

Dalam pada itu, Nurin turut menasihati orang ramai yang ingin berdiet untuk ikut cara yang betul dan jangan amalkan diet yang salah.

Untuk info, pengambilan air berlebihan melebihi 3L sehari boleh memberi beban kepada ginjal, menyebabkan sel badan termasuk otak membengkak dan mengalami sawan.

Selain itu, pengambilan air yang berlebih akan menyebabkan kerap kencing dan mengeluarkan garam sodium yang banyak sehingga menyebabkan kekurangan mineral itu dalam tubuh. -SM

(Visited 387 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button