Nasional

Kerajaan bersikap terbuka, sedia beri ruang kepada semua calon berkempen di RTM

KERAJAAN menunjukkan sikap terbuka dan melaksanakan prinsip demokrasi dengan membenarkan semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berkempen di RTM.

Perkara yang tidak pernah berlaku dalam kerajaan-kerajaan sebelum ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, erajaan sedia memberi ruang kepada calon yang bertanding dalam PRN Johor termasuk daripada parti pembangkang untuk berkempen menerusi pelbagai saluran milik RTM.

Katanya, langkah itu bertujuan untuk melengkapkan proses demokrasi dengan memberi ruang sama adil kepada semua pihak.

Katanya, perkara sama telak dilaksanakan dalam PRN Melaka tahun lalu di mana bukan sahaja calon pembangkang, tetapi calon bebas turut diberi ruang.

“Boleh, termasuk juga calon parti pembangkang selagi mana ia tidak disalahgunakan dan atas usaha melengkapkan proses demokrasi menjadikan negara kita mengamalkan demokrasi matang.

“Dalam pilihan raya, semua calon adalah sama. Ketika PRN Melaka lalu, semua calon termasuk bebas bukan sahaja pembangkang turut diberi ruang untuk mereka perkenalkan diri.

“Ini bagi membolehkan rakyat mengenali mereka kerana rakyat berhak tahu siapa calon mereka sebelum membuat keputusan mengikut pilihan sendiri, jadi tidak timbul masalah daripada segi itu,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program temubual bersama radio Johor.fm di pejabat RTM Johor, hari ini.

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button