Nasional

Penerima yang rasa tidak perlukan BPN boleh salur ke Tabung Covid

PENERIMA Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang merasakan mereka tidak memerlukannya boleh ‘memulangkan’ bantuan itu dengan menyalurkannya kepada Tabung Covid.

Itu cadangan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran ramai yang melepasi had kelayakan turut menerima BPN

“Seperti yang saya kata semalam, sesiapa yang menerima bayaran bantuan kerajaan PN ini dan rasa mereka tidak memerlukannya, boleh salurkan bayaran itu kepada Tabung Covid kerajaan (Janan masuk Tabung Harapan).

“Dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sumbangan boleh disalurkan kepada akaun 16010001138714 (Bank Muamalat – Tabung Bantuan Bencana Negara).

“Inilah cara paling mudah untuk mengembalikan wang tersebut kepada kerajaan,” katanya dalam hantaran di facebook.

Hantaran di facebook itu sebagai reaksi kepada Datuk Mahfuz Omar yang menyiarkan semula komen Najib bahawa dalam cariannya turut mendapati Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menerima BPN tetapi tidak dijadikan berita utama oleh mana-mana media.

Tetapi sebelum ini, apabila terdapat carian bahawa Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menerima bantuan RM800 banyak pihak yang kecoh.

Dalam postingnya sebelum ini Najib telah membangkitkan itu  yang sedang disebar oleh penulis media sosial PH bahawa isteri beliau telah diluluskan untuk menerima Bantuah Prihatin sebanyak RM800.

“Seperti diumumkan kerajaan, kerajaan akan membayar bantuan secara automatik mengikut database LHDN tanpa perlu dimohon.

“Bagaimanapun, bini saya kata dia tak pernah memohon dan juga tak pernah menerima SMS bahawa dia layak untuk dibayar RM800 itu.

BACA

“Dalam laman web untuk semak Bantuan Prihatin pun tiada rekod. (Kita sedia maklum bahawa penulis media sosial adalah pakar gambar dan video edit)

“Jika ianya benar dan wang RM800 itu dibayar secara automatik ke dalam akaun bank isteri saya, ianya akan disumbangkan kepada Tabung Covid kerajaan.

“Sebenarnya, saya menyambut baik usaha kerajaan PN untuk cuba membantu seberapa Rakyat yang mungkin dalam krisis Covid luar biasa ini,” katanya.

Dan sekali lagi Najib menggesa penerima yang menerima bayaran bantuan ini dari kerajaan PN dan rasa mereka tidak memerlukannya, boleh salurkan bayaran itu kepada Tabung Covid kerajaan,” katanya. – SM

(Visited 278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button