Hiburan

“Along Cham Bongkar Kecurangan Isteri, Bekas Suami Afreena Turut ‘Spill’ Bukti!”

RUMAH tangga pelawak dan pelakon terkenal, Along Cham terus menjadi perhatian apabila dia mendakwa menerima bukti mengejutkan yang menunjukkan isterinya, Afreena Suhaimi, berlaku curang.

Menurut Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, bukti yang dimaksudkan termasuklah rakaman suara dan gambar yang diterima daripada individu yang pernah rapat dengan Afreena, termasuk bekas suaminya sendiri.

“Rakaman itu saya tak minta pun, tetapi Allah gerakkan hati orang untuk serahkan pada saya. Peguam saya sendiri dah dengar dan semua ini akan dibawa ke mahkamah,” katanya kepada media.

Tambah Along lagi, dia tidak menyangka akan menerima sokongan daripada orang sekeliling isterinya, yang tampil memberi pelbagai maklumat dan bukti berkaitan hubungan sulit yang berlaku.

“Saya terperanjat bila tahu. Bila seseorang itu berkahwin dengan artis, dia kena sedar bahawa dia akan jadi perhatian. Tapi saya rasa dia lupa tentang itu,” katanya merujuk kepada tindakan isterinya yang didakwa tidak menjaga aib rumah tangga mereka.

Kes berkenaan dijangka dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 3 Julai ini, di mana Along bakal mengemukakan segala bukti yang telah disahkan oleh peguamnya.

Terdahulu, perkahwinan mereka yang berlangsung pada April 2024 telah dilanda konflik rumah tangga hanya selepas beberapa bulan. Along sebelum ini memfailkan tuntutan lafaz taklik terhadap isterinya atas beberapa dakwaan serius yang menyentuh soal kesetiaan dan kejujuran.

“Saya kahwin bukan untuk bercerai. Tapi bila perkara macam ni berlaku, saya kena pertahankan diri. Apa yang saya dapat ini bukan untuk burukkan dia, tapi untuk pertahankan hak saya sebagai suami,” jelasnya.

Setakat ini, pihak Afreena belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas secara rasmi, namun peguam wanita berkenaan dijangka akan memberikan respons sewaktu prosiding berlangsung.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button