Politik
Trending

Bubar Parlimen sebelum Sidang Parlimen 2 November?

PARLIMEN mungkin akan dibubarkan pada 30 Oktober iaitu dua hari sebelum Dewan Rakyat kembali bersidang pada 2 November nanti.

Tindakan pembubaran tersebut dipercayai adalah untuk mengelak daripada dimalukan menerusi usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hal demikian susulan Ahli Parlimen Pagoh itu dikatakan kehilangan majoriti anggota Dewan Rakyat yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, jika benar berlaku, beliau dikatakan tergamak berbuat demikian ketika negara sedang berhadapan dengan krisis pandemik Koronavirus (Covid-19).

“Maklumat yang saya terima, Muhyiddin mencadangkan diadakan pilihan raya dalam keadaan dalam masa terdekat, iaitu dijangkakan Parlimen akan beliau bubarkan pada 30 Oktober ini.

“Tempoh kempen selama seminggu sahaja.

“Namun begitu, saya yakin Yang di-Pertuan Agong ada kemungkinan besar akan menolak permintaan Muhyiddin.

“Maknanya, saya yakin bahawa apa yang dipohon oleh Muhyiddin akan ditolak dan sebaliknya Tuanku mungkin akan menggunakan opsyen lain yang mungkin ada.

“Dimana kemungkinan besar akan diwujudkan sebuah kerajaan sementara.

“Saya nampak, usaha ke arah itu sudah semakin terperinci dan boleh saya katakan semua orang sudah tahu.

“Tarikh 30 Oktober itu dipilih, saya nampak dipilih itu kerana untuk mengelakkan dirinya daripada dimalukan dalam sidang Parlimen.

“Kerana dalam sejarah Malaysia, belum ada seorang Perdana Menteri pun yang turun daripada jawatan dengan undi tak percaya. Belum ada.

“Maknanya, kalau beliau tak mohon pada Tuanku untuk membubarkan Parlimen, maka beliau akan jadi orang pertama.”

Demikian kata Presiden Persatuan Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam dalam kenyataannya malam tadi dan menjangkakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd. Hamzah akan dipilih sebagai Perdana Menteri sementara.

Menurutnya, keadaan itu hampir pasti kerana yakin Yang di-Pertuan Agong tidak akan membenarkan Parlimen dibubarkan walaupun terdapat cadangan kempen pilihan raya diadakan dalam masa seminggu sahaja.

Namun itu bukan persoalannya, kerana negara memerlukan satu kerajaan yang kukuh untuk menghadapi krisis pandemik dan meningkatkan semula pertumbuhan ekonomi.

“Jadi, hampir pasti Tengku Razaleigh akan dipilih sebagai Perdana Menteri Interim dan belia juga dijangka akan melantik menteri-menteri sementara yang akan berkhidmat selama mana tempohnya.

“Maknanya, kalau Tuanku lantik selama tiga bulan, maka menteri interim juga akan berlaku, kuasa mereka ini selama tiga bulan.

“Jadi, kalau misalannya tempoh tiga bulan itu, Covid masih lagi belum pulih, ada kemungkinan besar tempoh interim akan dilanjutkan,” katanya.

Tambah Lokman, beliau menasihatkan Muhyiddin supaya menadi seorang yang bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, tindakan tersebut adalah lebih terhormat berbanding membubarkan Parlimen ketika negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan dimalukan menerusi usul tidak percaya dalam Dewan Rakyat. – SM

(Visited 273 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button