Ekonomi

Allianz Malaysia melepasi RM6 bilion GWP buat kali pertama

Kumpulan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) hari  ini telah melaporkan keputusan tahun kewangan tahun 2022 dengan pertumbuhan sebanyak 5.8 peratus dalam Premium Bertulis Kasar (GWP) kepada RM6.02 bilion berbanding RM5.69 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Keuntungan Sebelum Cukai meningkat 12.6 peratus kepada RM704.4 juta pada tahun 2022 berbanding RM625.6 juta pada tahun 2021. Aset Keseluruhan Kumpulan meningkat sebanyak 4.4 peratus kepada RM24.68 bilion pada tahun 2022 berbanding RM23.64 bilion pada 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang, berkata: “Kumpulan telah mengakhiri tahun 2022 dengan pencapaian yang kukuh, dengan GWP yang melebihi paras RM6.0 bilion untuk pertama kalinya. Ini adalah bukti kekuatan kami sebagai sebuah Kumpulan.

“Fokus kami tetap kekal tangkas dan terus menyesuaikan diri dalam mengembangkan perniagaan kami dan memastikan kebolehuntungan yang stabil untuk tahun 2023. Kami juga akan meneruskan insiatif untuk terus berkhidmat kepada pelanggan dan ejen insurans hayat dan am dibawah satu payung melalui perkhidmatan pelanggan yang lancar, jualan bersilang dan peluang pekerjaan yang ditambah baik serta memastikan  kesinambungan pengedaran yang lebih baik antara kedua-dua entiti.“

Allianz General memperoleh RM2.66 bilion GWP

Anak syarikat insurans am Allianz Malaysia; Allianz General Insurance Company (Malaysia)  Berhad‘s (Allianz General), telah meraih GWP sebanyak RM2.66 bilion, peningkatan sebanyak 9.2 peratus pada tahun 2022 berbanding RM2.43 bilion pada tahun 2021.

Keuntungan Pengunderaitan meningkat sebanyak 12.6 peratus kepada RM289.6 juta pada tahun 2022 daripada RM257.1 juta pada tahun 2021. Keuntungan Sebelum Cukai juga meningkat sebanyak 5.8 peratus pada 2022 kepada RM462.6 juta daripada RM437.2 juta tahun sebelumnya, dan mencatatkan Aset Keseluruhan sebanyak RM7.27 bilion pada tahun 2022 berbanding RM7.36 bilion pada tahun 2021.

Nisbah Gabungan Allianz General juga meningkat sebanyak 87.3 peratus berbanding 87.8 peratus pada 2021 hasil daripada kecemerlangan teknikal yang berterusan. Menurut laporan keputusan pasaran ISM Insurance Services
Malaysia Berhad (ISM), Allianz General telah meraih 13.3 peratus bahagian pasaran sehingga bulan Disember 2022 dan masih kekal sebagai peneraju insurans am yang pertama di Malaysia.

“Allianz General telah merekodkan pencapaian yang teguh, dengan pertumbuhan jualan kasar , kebolehuntungan pengunderaitan yang tinggi, dan nisbah gabungan yang sihat pada tahun 2022. Segmen motor Allianz General juga telah mencapai keputusan yang baik.

Kami telah melancarkan beberapa inisiatif, dengan mengembangkan perkhidmatan Penggantian Cermin Hadapan Bergerak Allianz ke seluruh negara dan menambah trak hibrid pada armada Allianz Road Ranger kami. Kita juga perlu mengambil kira bahawa jumlah penjualan kereta dalam industri telah merekodkan paras tertinggi pada 720,000 unit yang dijual pada tahun lepas, dan dengan kelewatan dalam penghantaran kereta baharu  bermakna kita akan menyaksikan lebihan itu pada suku pertama tahun 2023.

“Malah, pada tahun 2023, kami menjangkakan tuntutan motor akan kembali pada tahap pra-pandemik dan menjangkakan pengumuman Fasa 2B Liberalisasi Tarif Motor dan Kebakaran pada tahun ini. Walau bagaimanapun, kepakaran penentuan harga teknikal kami akan meletakkan kami pada arah yang betul,“ kata Sean, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General.

Allianz Life raih Premium Bertulis Kasar RM3.37 bilion; kekal posisi keempat dalam carta pasaran

Anak syarikat insurans hayat Kumpulan; Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) telah merekodkan Premium Bertulis Kasar RM3.37 bilion pada tahun 2022, pertumbuhan 3.3 peratus daripada RM3.26 bilion pada tahun 2021.

Syarikat telah mencatat Premium Peniagaan Baharu (ANP) sebanyak RM661.0 juta pada tahun 2022 berbanding RM687.2 juta pada tahun 2021.

Keuntungan Sebelum Cukai meningkat sebanyak 30.2 peratus pada tahun 2022 kepada RM287.2 juta berbanding RM220.5 juta pada tahun sebelumnya hasil daripada perniagaan perlindungan.

Jumlah Aset juga meningkat sebanyak 7.0 peratus kepada RM16.72 bilion pada tahun 2022 daripada RM15.63 bilion pada tahun 2021. Berdasarkan statistik Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) pada tahun 2022, Allianz Life telah mengekalkan posisinya di tempat keempat dalam segmen insurans hayat, dengan mencatatkan peningkatan kepada 9.5 peratus bahagian pasaran pada tahun 2022 daripada 9.0 peratus pada tahun 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Charles Ong, berkata: “Saluran pengedaran teras Allianz Life (Agensi, Bankasurans, dan Manfaat Kakitangan) semuanya telah berkembang pada tahun 2022 dan mencapai GWP yang berdaya tahan sebanyak RM3.37 bilion. Syarikat juga telah merekodkan Keuntungan Sebelum Cukai yang kukuh sebanyak RM287.2 juta hasil daripada keputusan pelaburan yang lebih tinggi.

“Walaupun jumlah keseluruhan ANP mencatatkan penurunan, Syarikat telah disokong dengan gabungan perniagaan yang pelbagai dan kukuh, serta telah mengatasi prestasi pasaran. Yang paling utama, Syarikat telah merebut peluang untuk mengembangkan bahagian pasarannya dan berada pada posisi keempat dengan mengatasi kadar pertumbuhan perniagaan baharu industri pada -8.8 peratus.

“Pada tahun 2023, salah satu inisiatif utama kami adalah program Recruit2Grow untuk meningkatkan budaya pengambilan ejen secara keseluruhan dan kami akan tetap mengutamakan pertumbuhan yang lestari dan berkhidmat untuk pelanggan kami apabila mereka memerlukan.“ – SM

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button