Ekonomi

Allianz Malaysia diiktiraf MSWG untuk kecemerlangan dalam pendedahan tadbir urus korporat

Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) telah diiktiraf dengan Anugerah Kecemerlangan untuk Anugerah Kecemerlangan Industri dan Pendedahan Tadbir Urus Korporat (CG) untuk perkhidmatan kewangan di Anugerah Tadbir Urus Korporat MSWG-ASEAN 2020 oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad (MSWG) baru-baru ini.

Sebanyak 851 buah syarikat tersenarai awam (PLC), tidak termasuk syarikat yang disenaraikan dalam Pasaran LEAP serta syarikat PN17 dan GN3 telah dinilai berdasarkan Kad Skor CG ASEAN yang menggunakan dua tahap pemarkahan untuk menilai pelaksanaan asas tadbir urus korporat yang baik.

Penilaian untuk tahun 2020 adalah berdasarkan maklumat yang boleh diakses dan tersedia kepada umum dalam laporan tahunan, laporan CG, dan laporan kelestarian yang dikeluarkan untuk tahun kewangan yang berakhir antara 30 April 2019 dan 31 Mac 2020.

Allianz Malaysia berada ditangga keenam antara 100 syarikat terbaik untuk pendedahan CG dan ketiga dibawah sektor perkhidmatan kewangan.

“Kami sangat menghargai pengiktirafan oleh MSWG – anugerah-anugerah tersebut melengkapi usaha-usaha yang dilakukan pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah syarikat, ia juga penting untuk terus berkembang dan selaras dengan tuntutan CG.

“Matlamat sebenar kami kekal untuk terus komited dalam mengamalkan integriti, pertanggungjawaban, dan ketelusan di tahap tertinggi dalam laporan CG yang selari dengan menghasilkan
perkembangan yang menguntungkan dan lestari untuk mana-mana organisasi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Zakri Khir.

Kategori-kategori anugerah adalah Anugerah Kecemerlangan untuk Pendedahan CG; Anugerah Kecemerlangan untuk Pendedahan CG – Permodalan Pasaran Bawah RM1 bilion; Anugerah Kecemerlangan Industri; Anugerah Merit untuk Pendedahan CG yang Paling Diperbaiki; dan Anugerah Merit untuk Syarikat yang Baharu Disenaraikan dengan 52 buah trofi dianugerahkan kepada 38 buah PLC.

Syarikat pemegang pelaburan, Allianz Malaysia Berhad, subsidiari Allianz SE, mempunyai dua buah anak syarikat insurans – Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) dan Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life).

Allianz General adalah salah sebuah syarikat insurans am di Malaysia dan mempunyai spektrum yang meluas bagi perkhidmatan dalam talian peribadi; perniagaan perusahaan sederhana dan kecil (SME) dan industri yang berisiko besar. Jumlah GWP untuk perniagaan insurans am untuk tahun kewangan 2020 mencapai RM2.36 bilion.

Allianz Life menawarkan insurans hayat dan kesihatan dan produk-produk berkaitan pelaburan dan bagi tahun kewangan 2020, Allianz Life telah mencatatkan GWP sebanyak RM2.95 bilion
dan merupakan salah sebuah penanggung insurans hayat yang berkembang paling pesat di Malaysia. Allianz Malaysia mempunyai 32 cawangan di seluruh negara.

Pada 2020, Allianz Malaysia diiktiraf dengan Anugerah Kecemerlangan Industri untuk perkhidmatan kewangan di MSWG-ASEAN Corporate Governance Awards.

Syarikat juga telah ditempatkan di tempat ketujuh antara 100 Companies for Overall Corporate Governance and Performance (mengikut Kedudukan) dan tempat keenam belas antara Top 100 Companies for Corporate Governance Disclosure (mengikut Kedudukan).

Pada  tahun 2019, Allianz Life telah dinamakan Anugerah Dekad Jenama Ikonik The BrandLaureate 2019 untuk Insurans Hayat.

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button