Nasionalpilihan

Pelajar IPTA ditahan jual ‘flavor vape’ perisa ganja

SEORANG pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) warga asing ditahan kerana disyaki menjual cecair ‘ganja’ yang digunakan untuk diisi ke dalam rokok elektronik.

Difahamkan, suspek berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6.35 petang kelmarin di tepi Jalan Alamanda 2, Presint 1, Putrajaya.

Suspek ketika pemeriksaan dijalankan juga telah bertindak untuk melarikan diri namun berjaya ditahan.

Hasil pemeriksaan menemukan dadah yang disyaki cecair ganja (200.62 gram) dan hasil saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis THC.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, siasatan awal mendapati cecair tersebut digunakan untuk diisi ke dalam rokok elektronik (vape).

“Cecair itu mendapat permintaan yang tinggi dikalangan rakan-rakan rapat saspek dan urusan jual beli dijalankan melalui media sosial.

“Cecair ini boleh memberi kesan yang menghayalkan seperti penggunaan dadah jenis Ganja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sahar, menerusi tangkapan tersebut, pihaknyaberjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi oleh warganegara asing yang dikesan aktif selama dua bulan di sekitar Lembah Klang.

Ujarnya, nilai dadah yang dirampas ialah RM501 dan boleh menampung penggunaan seramai 402 orang pengguna (user) dadah.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman selama 14 hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -SM

(Visited 1,085 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button