Ekonomi

Allianz General: Penting untuk lindungi kediaman anda bersama barangan daripada kebakaran

Kebakaran yang telah berlaku dan memusnahkan beberapa tempat di Los Angeles telah menyebabkan ramai orang kehilangan tempat tinggal apabila berekar-ekar kawasan kejiranan dan perumahan musnah dijilat api.

Musibah ini telah menekankan kepentingan memiliki polisi kebakaran yang sering dipandang remeh oleh pemilik
kediaman.

Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima 34,389 panggilan kecemasan untuk kebakaran  pada 2023 dengan anggaran kerugian sebanyak RM2.6 bilion.

Walau bagaimanapun, lebih daripada 50% pemilik kediaman di Malaysia masih memilih untuk tidak menginsuranskan rumah mereka, yang mendedahkan kewangan mereka terhadap risiko jika berlaku kebakaran.

“Pemilik rumah yang mempunyai insurans kebakaran biasanya adalah yang disertakan dengan pinjaman perumahan mereka.

“Walau bagaimanapun, perlindungan ini adalah terhad kerana kebanyakannya hanya melindungi struktur bangunannya sahaja sementara isi kandungan rumah yang bernilai tinggi seperti sofa, TV, mesin basuh, komputer, katil, dan barang kemas tidak dilindungi.” jelas Horst Habbig, Ketua Pegawai Jualan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

“Insurans Kediaman di Malaysia biasanya terdiri daripada perlindungan untuk bangunan dan isi kandungannya. Perlindungan tersebut tidak terhad kepada kerosakan akibat kebakaran tetapi ia juga menjaga bangunan dan isi kandungan kediaman anda daripada pelbagai jenis risiko seperti banjir dan kecurian.

“Pemilik rumah harus mengambil masa untuk menyemak polisi mereka, untuk memastikan mereka mempunyai perlindungan yang secukupnya dan selari dengan kemampuan.

“Sama ada anda seorang pemilik rumah yang tinggal di rumah sendiri atau seorang tuan rumah yang menyewakan hartanah anda kepada penyewa, Allianz General menawarkan pelbagai tambahan perlindungan yang sesuai untuk keperluan perlindungan anda, seperti perlindungan HomeFix yang melindungi kos pembaikan rumah serta insurans Empunya Rumah yang melindungi kerosakan akibat niat jahat oleh penyewa atau penyewa yang lari dari rumah,” katanya.

Pembelian tambahan tersebut boleh disertakan dengan pembelian perlindungan Bangunan (Empunya Rumah) atau Isi Kandungan (Pemilik Rumah) dibawah polisi Allianz Smart Home Cover.

Anda mempunyai kebebasan untuk memilih antara pelan tahunan dengan pembaharuan setiap tahun atau pelan pelbagai tahun mengikut kemampuan anda, dimana anda membayar premium tunggal untuk perlindungan selama tiga tahun di samping membayar premium yang lebih rendah untuk semua komponen.

Naik taraf insurans kebakaran anda untuk perlindungan yang komprehensif untuk memastikan perlindungan maksimum dan yang paling penting, ketenangan minda untuk anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai Smart Home Cover, layari https://www.allianz.com.my/personal/home-motor-and-travel/home/smart-home-cover.html

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button