Ekonomi

Allianz General, MAYC tandatangan MoU galakkan perlindungan sosial dalam kalangan belia B40

ALLIANZ General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Belia Malaysia (MAYC) untuk menyokong usaha kerajaan dalam  eningkatkan perlindungan sosial dalam kalangan belia B40.

MoU tersebut ditandatangani pada 5 November 2021 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Sean Wang  Dan presiden MAYC Jufitri Joha. Ia menggariskan sebuah perkongsian komitmen dalam menggalakkan belia
B40 untuk mengambil Allianz PerlindunganKu oleh Allianz General dibawah Perlindungan Tenang kerajaan, pelan insurans mampu milik.

Melalui kerjasama ini, belia yang layak untuk Baucar Perlindungan Tenang (PTV), juga sebuah inisiatif kerajaan, digalakkan untuk menggunakan baucar mereka untuk membeli polisi Allianz PerlindunganKu.

“Belia kita harus sedar bahawa memiliki perlindungan insurans yang mencukupi ialah tentang kedayatahanan kewangan dan sosial. Semua orang layak dilindungi, dan mendapatkan perlindungan seumpama melabur untuk diri sendiri. Mereka harus tanya diri sendiri, ‘adakah saya bernilai untuk pelaburan ini?’,” kata
Sean.

“Melalui kerjasama bersama Majlis Belia Malaysia dan dengan produk kami Allianz PerlindunganKu, kami mahu belia kita untuk melihat perlindungan bukan hanya sebagai sebuah kelebihan tetapi sebuah jaringan keselamatan yang boleh dimiliki untuk melindungi mereka dari beberapa kejadian yang tidak dijangka dalam hidup,” kata Sean.

Kedua-dua Allianz General dan MAYC mensasarkan 500,000 orang belia dari kumpulan B40 untuk mendaftar dengan MYC untuk menebus PTV untuk polisi Allianz PerlindunganKu.

Merujuk kepada kerjasama ini, Jufitri berkata ini akan memanfaatkan peranan MAYC; selain dari fokus untuk perkembangan, sukarelawan, patriotisme belia dan membina jati diri belia yang kukuh, MAYC juga berbesar hati ramai ahli belia organisasi lain akan menerima manfaat dari program tersebut.

“Pada 2020, kita telah menyaksikan impak pandemik dalam kehidupan kita. Ia juga membimbangkan apabila mengetahui hanya 22% rakyat Malaysia yang dilindungi oleh Insurans Kesihatan Peribadi seperti yang dilaporkan dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS).

“Kami mahu berterima kasih kepada Perlindungan Tenang di bawah inisiatif kerajaan yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan B40 untuk memastikan kesihatan mereka diinsurans kan ketika dalam kesukaran. Kami berharap inisiatif ini akan terus memberi manfaat kepada kumpulan B40,”
tambah Jufitri.

(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button