Uncategorized

Covid-19 belum ada tanda susut, 217 lagi kes baharu, 3 kematian

JUMLAH kes baharu Covid-19 yang dicatatkan di Malaysia terus konsisten dan belum ada tanda-tanda penurunan.

Kes positif baharu yang dicatatkan setakat pukul 12 tengah hari ini bertambah iaitu 217  dengan tiga kematian berbanding 145 dan dua kematian semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia 3,333 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr. Noor Hisham
Dr Noor Hisham Abdullah

Beliau berkata daripada kes baharu itu, 58 kes berkaitan kluster perhimpunan Seri Petaling.

Jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu juga meningkat kepada 53 kes berikutan penambahan tiga lagi kes kematian, hari ini.

“Kematian ke-51 (kes ke-2561) merupakan perempuan warga Malaysia berumur 84 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 12 Mac dan kemudian ke Institut Jantung Negara. Beliau disahkan meninggal dunia pada 2 April 2020 jam 1.07 tengah hari.

“Kes kematian ke-52 (kes ke-2122) pula, merupakan lelaki tempatan berumur 52 tahun dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan pada 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 3 April, jam 7.55 pagi,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di KKM di Putrajayat seperti dipetik daripada BERNAMA.

BACA

Dr Noor Hisham berkata, bagi kes kematian ke-53 (kes ke-2034) merupakan perempuan warga Malaysia berumur 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.

Wanita itu, katanya dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak pada 24 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 3 April pukul 9.30 pagi.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan berita gembira apabila, jumlah kumulatif pesakit sembuh daripada jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat lagi hari ini kepada 827 kes atau 24.81 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, setelah 60 lagi telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari wad.

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button