Politik

“Mesyuarat MKT.. ini rutin biasa sebelum perhimpunan agung,” – Ahmad Shabery

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberitahu media bahawa mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) adalah rutin bagi parti itu sebelum berlangsungnya perhimpunan agung UMNO.

“MKT diadakan sebaik sahaja habis persidangan ketiga-tiga saya merangkumi Wanita, Pemuda dan Puteri.

“Itu adalah merupakan rutin kepada parti. Pertama sekali nak dengar laporan dan tidak ada apa-apa isu baharu,” katanya kepada pemberita.

Ahmad Shabery berkata demikian ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut tentang mesyuarat MKT yang berlangsung, ahli majlis tertinggi yang bertemu cuma mahu mengetahui isu kandungan usul yang akan dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 – SM

(Visited 78 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button