Nasional

Allahyarham M. Jeffri bersara awal akibat sakit

ALLAHYARHAM M. Jeffri Razali, 54, pernah berhasrat untuk terus menulis namun disebabkan
masalah kesihatan dia terpaksa membatalkan niatnya walaupun semangatnya untuk menulis tinggi ketika itu.

Namun disebabkan masalah kesihatan dia tidak ada upaya untuk menulis maupun bergerak cergas membuatkannya merasa kecewa dan bersara awal dalam bidang wartawan yang mula diceburinya pada 1991.

Allahyarham M. Jeffri Razali dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Temu, Melaka sebelum solat Zohor.

Balu Allahyarham, Umirah Fuziah Atan, 51, masalah itu menyebabkan arwah bersara awal meninggalkan bidang
wartawan hingga memaksanya mengambil keputusan berhenti daripada menjadi ketua akhbar Sinar Harian Melaka ketika berusia 50 tahun.

Menurutnya, sepanjang mendapat rawatan dialisis arwah seolah-olah tidak dapat menerima penyakit yang
dialami hingga menyebabkannya tidak mampu menulis lagi.

“Saya serta anak-anak reda pemergian arwah selepas menderita pelbagai penyakit. Selain menghidap penyakit kencing manis, arwah juga mengalami angin ahmar Mac tahun ini.

“Kesihatannya merosot pada April hingga mendapat rawatan di Hospital Besar sebelum dihantar semula ke Hospital Melaka,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas solat jenazah di Surau Selat Melaka, Taman Padang Temu Indah hari ini.

Kata Umirah, arwah suaminya pengsan sewaktu menjalani rawatan dialisis sebelum disahkan meninggal dunia
kira-kira pukul 7.30 malam semalam.

M. Jeffri meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak iaitu Muhammad Amirul Amsyar, 26, Nur Amira, 23, dan Nur Amira Damia, 9.

Turut hadir menziarah jenazah di Surau Selat Melaka ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan
Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong dan rakan-rakan wartawan Melaka.

Allahyarham berpengalaman dalam bidang wartawan lebih 27 tahun bermula sebagai wartawan jenayah di News
Straits Times (NST)  pada 1991 sebelum dilantik sebagai Ketua Biro NSTP di Melaka pada April 2003
seterusnya Editor Melaka Hari Ini dan Ketua Wartawan Sinar Harian di negeri ini.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan  Islam Kampung Padang Temu sebelum solat
Zohor. -SM

 

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button