fbpx
Politik

Allah melanjutkan usia untuk mereka berfikir

“SESEORANG hamba yang muslim itu, apabila sampai 40 tahun Allah ringankan hisabnya. Apabila sampai 60 tahun Allah anugerahkan kepadanya rezeki suka kembali kepada-Nya (banyak bertaubat).

“Apabila sampai 70 tahun, Allah jadikan dia dikasihi oleh ahli langit, apabila sampai 80 tahun Allah teguhkan hasanahnya dan Allah hapuskan sayyi’ahnya (kejahatannya).

“Dan apabila sampai 90 tahun, Allah ampunkan apa yang terdahulu dan yang terkemudian daripada dosa-dosanya, Allah izinkan dia memberi syafa’at kepada ahli rumahnya dan dituliskan namanya di langit sebagai tawanan Allah yang berada di bumi”Riwayat al-Hafidzal-Musili.

CORETAN di bawah ini dihasilkan oleh Penganalisa Isu Semasa, Datuk Dr. Ahmad Faris Abdul Halim:

Al-Alusi, pengarang kitab tafsir Ruh al-Ma’ani berkata, telah disebut oleh bukan seorang, bahawa manusia itu apabila telah mencapai umur ini, akhlaknya telah begitu kuat bertapak pada dirinya, hampir-hampir tidak akan dapat dihilangkan lagi selepas itu.


Beliau membawakan sepotong hadis tanpa menyebut perawinya. Hadis itu bermaksud: “Sesungguhnya syaitan mengheretkan tangannya di atas muka orang yang mencapai umur 40 tahun dan tidak bertaubat sambil berkata, “demi bapaku, wajah yang tidak akan berjaya.”

Begitulah. Kita bersimpati kerana masih ada individu yang terpaksa mengerah kudratnya di usia yang `hebat’ atau ‘diusung’ ke sana sini dalam siri kemarahannya terhadap pucuk pimpinan kerajaan.

Kita kesian kerana ada pemimpin Melayu yang ‘dicangkuk’ oleh sekumpulan orang yang motifnya semata-mata untuk melunaskan agenda memburu kuasa yang ditakdirkan-Nya masih tidak kesampaian. Ya, tersekat selepas berkuasa selama 22 bulan.

Sesungguhnya rakyat terhutang budi kepada jasa dan sumba­ngan perdana menteri-perdana menteri yang lepas. Antaranya Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak, Hussein, Abdullah. Demikian termasuklah juga Dr. Mahathir Mohamad.

Ada pemimpin yang kita hormati sepanjang zaman. Tetapi ada juga yang `separuh perjalanan’ sahaja dihormati setelah naik kali kedua, rakyat sendiri `hilang punca’ dengannya.

Sayangnya dek `hilang kawalan diri’ dan terperangkap dengan ‘helah tipu muslihat’ sekutu-sekutu sekeliling, akhirnya menjadi tidak keruan.

 

 

Sebenarnya, sebelum kempen PRU-14, tidak pernah kita terdengar si dia mengomel bukan-bukan. Tetapi untuk menang pilihan raya umum itu, beliau kerap pula memaki hamun sejak bersekongkol dengan musuh ketatnya.

Semasa berceramah bersama calon pembangkang di pekara­ngan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di ibu negara Mei 2018, beliau secara tiba-tiba mendakwa berbelas mangsa yang terkorban dalam satu tragedi berdarah pada tahun 80-an sebagai ‘mati katak’, bukan mati syahid.

Pemimpin terbabit turut mendakwa, satu `amanat’ pada awal 80-an menjadi punca berlakunya peristiwa hitam terbabit dengan membunuh pegawai kerajaan yang disifatkan sebagai kafir.

Itu belum lagi penulis senaraikan ungkapan sinisnya mengatakan “tiada apa yang perlu dibanggakan jika graduan menjual nasi lemak dan menjadi pemandu Uber.

Begitupun, dalam menjayakan agenda nya, beliau tidak kisah dirinya diperkudakan.

Pernah seorang pemimpin DAP dari Perak dalam satu klip video yang tular menyelarnya:
“Lee Kuan Yew tanya * kau ni bila nak naik atas ni (meninggal dunia). Anak muda (*) ni kata ‘mana boleh m*mp*s lagi”. Ada satu benda tak selesai lagi. Apa benda tu…jatuhkan BN dulu la.”

Sambung * yang di­sambut tepukan daripada hadirin di satu lokasi dan tarikh yang tidak dapat dipastikan:
“Sekarang ini * tolong Kit Siang jatuhkan BN…berjalan seiring. Kita percaya kali ini adalah untuk ‘anak muda’ kita ini…konsert perpisahan dia (*) la…betullah tu (tepukan hadirin).

“Lee Kuan Yew kata aku tak boleh tunggu lama sangat. Lee Kuan Yew umur 91 tahun pun dah nak syurga main mahjung. Tapi selalu kurang satu ‘pemain’. Dia nak bawa ‘kawan lama’ (*) naik atas tapi orang tu tak sanggup nak naik sebab ada satu benda lagi tak siap, nak potong Naj*b dulu.”

Tak ‘terbakar hati orang Melayu ke melihat pemimpin terbabit diperlekehkan sebe­gitu rupa.

Itu belum lagi tindak tanduk seorang lagi ‘Superman’ DAP memperlekehkan pemimpin Melayu yang cukup dihormati itu.

Apa katanya dalam satu ceramah yang dipercayai di satu kawasan di ibu negara?
“Selepas * mati, tia­da lagi pemimpin besar dari UMNO yang akan datang kepada DAP dan sertai pembangkang. Ini membuktikan yang DAP tahu pentadbiran di dalam UMNO sudah berubah kepada lebih adil dan baik, jadi orang-orang yang ‘tamak’ dan korup bakal musnah sekiranya berada dalam UMNO, kerana itu tiada lagi orang korup dari UMNO yang akan sertai DAP.”

Kalau diamati sedalam-da­lamnya, mengapakah begitu mudah Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng menerima kehadiran pemimpin terbabit dalam pakatan yang dikepalainya?

Bukankah dulunya Kit Siang dan Guan Eng disumbat dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dihentamnya Kit Siang sebagai paling rasis manakala digelar DAP cauvinis?

Suatu ketika anak kepada seorang ulama terkenal di Kelantan menasihatkan pemimpin berkenaan ‘kembali ke tikar sejadah’ serta memperbanyakkan ilmu agama berbanding berpolitik, namun permintaannya dipandang sepi.

Sesungguhnya Allah SWT melanjutkan usia atau umur seseorang itu bertujuan agar mereka berfikir serta mempelajari agama ini.

Dala firman-firman-Nya, Allah SWT menegur insan-insan yang terus kekal dan lalai dengan kehidupan dunia.

Sedangkan usia mereka itu mampu untuk mencari kebenaran atau cahaya keimanan. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button