Uncategorized

Allah lindungi Fat Cat Pro Studio milik Hadi Hassan

STUDIO milik komposer Hadi Hassan, Fat Cat Pro Sound Studio hampir-hampir dijilat api ketika berlaku kebakaran di Cheras, baru-baru ini.

Kepantasan dan kecekapan anggota bomba yang tiba 10 minit lebih awal telah berjaya mengekang api daripada merebak ke studio tersebut.

Amat bernasib baik bagi Hadi kerana musibah itu jika menimpa Fat Cat Pro Sound Studio, pasti kerugian ratusan ribu ringgi disebabkan peralatan yang terdapat di dalam studio berkenaan.

Di studio itu jugalah Hadi membuat siaran live di Facebook beliau dan Allah lindungi harta benda Hadi Hassan.

Terbaca catatan beliau di laman Facebooknya, menarik untuk dikongsi dengan pembaca SUARA MERDEKA.

Untuk rekod, Hadi Hassan pernah menjadi anggota kumpulan Carefree.

Berikut catatan Hadi Hassan:

Tak boleh nak dibayangkan bagaimana perasaan ini apabila menerima panggilan yang bertubi-tubi. Kami sedang solat Asar. Fon tak henti-henti berbunyi namun kami teruskan solat sehingga selesai.

Masih lagi panggilan masuk, bila dijawap, gugur rasanya jantung ini apabila menerima berita studio rakaman kami dalam kebakaran!

“Hello boss! lu punya kedai ada api!” begitulah bunyi pesanan pemilik kedai bersebelahan.

Kami bersiap macam kilat sambil berselawat dalam perjalanan. Fon masih berbunyi, kali ini seorang rakan kenalan mengatakan ” Bang, studio abang ni…cepat datang.”

Kaki tangan semua menggigil namun kami kuatkan semangat meneruskan perjalan sambil berselawat.

Dari jauh sudah kelihatan ramai orang berkumpul dan asap keluar dari bumbung! Kami anak beranak cuma berzikir “Allah Huakbar! Allah Huakbar!”

Walau apapun, kami pasrah akan takdir kami. Kami berserah sepenuhnya pada Allah SWT.

Sesampainya kami di sana, kami sempat bercakap dengan salah seorang ahli (anggota) bomba. Terjumpa pula sahabat di sana kebetulan juga yang call (hubungi) kami tadi.

Syukur pada Allah SWT. Kalau lewat 10 minit bomba sampai, api mungkin sudah merebak ke studio kami Fat Cat Pro Sound Studio.

Apapun studio akan ditutup selama 2 hari untuk membersihkan abu dan juga mengeluarkan asap tebal yang terperangkap di dalam.

Ya Allah, kami bersyukur pada mu dan berserah pada mu. Dengan mendahulukan kewajipan solat Asar kami tadi tanpa mengira apa yang berlaku, nescaya Allah akan melindungi kita. Allah Huakbar. – FB HADI HASSAN

Memang benar apa yang dinukilankan oleh Hadi, tanpa mengira apapun yang berlaku, dahulukan kewajipan solat. Kebetulan ketika kejadian, beliau dan ahli keluarganya sedang menunaikan solat Asar.

Moga perkongsian ini menjadi iktibar buat kita semua dan Hadi cekal hadapi dugaan. – SM

(Visited 417 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button