Agama

Allah Datangkan Perintah Dalam Mimpi Nabi Ibrahim Agar Anaknya, Nabi Ismail Disembelih!

Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu perayaan yang disambut umat Islam sedunia selepas Aidilfitri. Perayaan ini jatuh pada hari kesepuluh bulan Zulhijjah, iaitu bulan terakhir dalam kalander Hijrah.

Tarikh ini amat istimewa bagi umat Islam kerana dalam sejarah Islam, Nabi Adam dan isterinya Hawa, telah turun ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, Mekah.

Dalam masa sama, Hari Raya Aidiladha dilaksanakan oleh umat Islam untuk mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang hampir mengorbankan anaknya, Nabi ismail atas ketaatannya terhadap perintah Allah SWT.

Berdasarkan sirah, Nabi Ibrahim telah bermimpi selama tiga hari berturut-turut bahawa Allah SWT memerintahkannya untuk menyembelih Nabi Ismail.

Nabi Ibrahim pun memaklumkan mimpinya itu kepada Nabi Ismail dan bertanya apakah pendapat anaknya itu, lalu Nabi Ismail pun menjawab pada ayahnya untuk melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail berserah dan taat melakukan perintah Allah SWT apabila mereka tiba di destinasi, Nabi Ibrahim membaringkan dan menutup mata Nabi Ismail seperti yang dirancang anaknya.

Tanpa melengahkan masa, Nabi Ibrahim pun mengangkat pedang dan memancung leher anak lelakinya, darah terpecik pada badan Nabi Ibrahim.

Tetapi yang disembelih adalah seekor kibas dan bukan anaknya. Nabi Ibrahim bersyukur kepada Allah, bapa dan anak pun berpeluk sambil memuji kebesaran kepada Tuhan dan mereka telah lulus ujian.

Bermula dengan peristiwa inilah umat Islam sedunia menyembelih binatang-binatang korban dan mengagihkannya kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya berbanding dengan solat sunat Aidilfitri. Hal ini untuk memberi lebih banyak masa bagi penyembelihan korban.

Hari Raya Korban sering kali dikaitkan dengan pengorbanan sama ada untuk agama, negara atau bangsa. Sehubungan itu, semoga perayaan pada tahun ini membawa seribu makna kepada seluruh umat Islam.

(Visited 1,543 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button