Politik

Empat Kawasan Bertembung Enam Penjuru, Sampaikan Rakyat Cuma Boleh Ketawa!

Pilihan Raya Negeri (RN) Johor disifatkan sebagai ujian lapangan untuk melihat sejauh mana kekuatan Barisan Nasional (BN) dalam meneruskan tampuk kepimpinan mereka sebagai sebuah kerajaan.

Menyoroti kemenangan BN di Melaka tempoh hari, Johor terpaksa mengambil langkah yang sama apabila BN sedaya upaya cuba menafikannya namun tiba-tiba DUN Johor terbubar.

Namun demikian pembubaran DUN Johor tidak menjadi isu yang cukup besar untuk memastikan PRN Johor boleh dilaksanakan sebaliknya pertembungan parti menimbulkan gelak tawa.

Rakyat hanya terpaksa dan boleh bergelak tawa kerana tidak tahu nak memilih calon yang mana untuk diangkat sebagai pemimpin kerana rata-rata muka baharu dan tak tahu pernah buat apa.

Jadi untuk memberi kepercayaan kepada calon 100 peratus tanpa sifat was-was, mungkin sukar melainkan individu tersebut mendapat sokongan daripada pemimpin tertinggi parti.

Dalam PRN Johor ini juga, kebanyakan kawasan lain cuma bertanding empat penjuru namun bagi empat kawasan ini, sampai enam pemburu jawatan dan kerusi sedia untuk berentap.

Antara nama-nama calon serta kawasan-kawasan yang dimaksudkan adalah seperti di bawah:

N08: BUKIT PASIR 32,213

  1. Mohd Akhiri Mahmood (Pejuang)
  2. Mohamad Fazli Mohamad Salleh (BN-UMNO)
  3. Johar Siraj (Bebas/IND)
  4. Elia Nadira Sabudin (PH-Amanah)
  5. Muhd Nur Iqbal Abd Razak (PN-PAS)
  6. Najib Lep (Bebas/IND)
    (2018: Najib Lep: PAS: Maj: 1,883)

N15: MAHARANI 38,596

  1. Muhammad Hanis Asmui Md Salleh (PBM)
  2. Noor Farah Shamsudin (BN-UMNO)
  3. Nor Hayati Bachok (PH-Amanah)
  4. Abdul Aziz Talib (PN-PAS)
  5. Riad Ahmad (Pejuang)
  6. Lim Kim Joo (BEBAS/IND)
    (2018: Nor Hayati Bachok: PKR: Maj: 5,674

N41: PUTERI WANGSA 112,804

  1. Adzrin Adam (Bebas/IND)
  2. Ng Yew Aik (BN-MCA)
  3. Dr Khairil Anwar Razali (Pejuang)
  4. Loh Kah Yong (PN-Gerakan)
  5. Steven Choong Shiau Yoon (PBM)
  6. Amira Aisya Abd Aziz (MUDA)
    (2018: Mazlan Bujang : PKR: Maj: 24,959)

N44: LARKIN 76,004

  1. Mohamad Riadz Mohamad Hashim (Pejuang)
  2. Muhammad Rasid Abu Bakar (MUDA)
  3. Dr Zamil Najwah Arbain (PKR)
  4. Zulkifli Bujang (PN-Bersatu)
  5. Norramadan Buan (Bebas/IND)
  6. Mohd Hairi Mad Shah (BN-UMNO)
    (2018: Mohd Izhar Ahmad : PKR: Maj: 8,590)

Keadaan ini sekali gus membuktikan sistem politik tanah air selepas negara merdeka bermula 31 Ogos 1957 pada penghujungnya memberikan kesan yang sangat teruk.

Kesan yang dimaksudkan adalah perpecahan orang-orang Melayu itu sendiri sehingga parti Melayu ini ibarat parasit yang beranak pinak, punca keretakan sosial orang Melayu!

(Visited 465 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button