NasionalPolitik

Perhimpunan Agung UMNO 2021 Mac ini

PERHIMPUNAN  Agung UMNO 2021 akan berlangusng pada 16 hingga 19 Mac nanti.

Keputusan itu dibuat oleh Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan berkata, perasmian Perhimpunan Agung Wanita Umno, Pergerakan Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 16 Mac.

Katanya, pada 17 Mac pula, Perhimpunan Agung Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO.

Manakala Ucapan Dasar Presiden dan perasmian oleh Presiden pada 18 Mac.

Menurut Ahmad berkata, setiap bahagian akan diwakili  14 perwakilan setiap dab perhimpunan tidak diadakan secara hibrid.

Katanya, semua lima perwakilan bagi setiap sayap akan menghadiri PAU kali ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan aplikasi MySejahtera, pensanitasi tangan dan sebagainya.

“Banjir besar yang melanda negara pada Disember 2021 dan Januari ini adalah sesuatu di luar jangkaan. Pelbagai bantuan banjir yang diberi kerajaan adalah dialu-alukan.

“Mesyuarat mengambil ingatan mengenai pengurusan banjir yang perlu diperbaiki terutama di Selangor. Sidang Dewan Rakyat khas pada 20 Januari nanti diharapkan dapat mengumpulkan cadangan bernas supaya Malaysia menjadi negara yang terhindar daripada banjir besar pada masa akan datang,” katanya.

(Visited 406 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button