Hiburan

Alif Satar positif Covid-19, beri nama kontak rapat

PENYANYI, Alif Satar memberitahu yang dia kini telah dijangkiti wabak Covid-19 dan menjalani kuarantin hari ini.

Keputusan itu diketahui kira-kira dua hari selepas dia membuat persembahan di pentas separuh akhir Muzik-Muzik menerusi lagu I Want You To Love Me.

Menurut Alif, keputusan tersebut baru diterimanya hari ini adan ia adalah sesuatu yang sangat mengejutkan serta mendukacitakan.

“Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak.

“Termasuk juga rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya kontak rapat yang telah berjumpa dengan Alif,” katanya.

Menurut Alif, dia juga telah memberi senarai nama kontak rapak kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikenal pasti dalam tempoh 14 hari.

Alif turut meminta maaf di atas kesulitan yang telah berlaku dan memohon supaya diberikan kesembuhan serta kekuatan untuk menempuh dugaan Allah.

Tambahnya, dia kini sedang menjalani proses rawatan dan kuarantin di hospital.

Pengumuman Alif itu turut mendapat reaksi daripada rakan selebriti yang mendoakannya lekas sembuh antaranya ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Lisa Surihani, Ayda Jebat, Sari Yanti dan Tomok. -SM

(Visited 1,218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button