Nasional

“Alhamdulillah.. Mujur Kami Tak Perlu Ikuti Kursus Integriti Dan Antirasuah,” – Ahli Politik

Trend sebelum ini menunjukkan ramai calon-calon yang mahu melibatkan diri dalam politik, belajar pun tiadalah tinggi mana, atau lebih tepat, masuk institut pengajian tinggi (IPT) untuk belajar pun tidak.

Namun disebabkan ada sokongan ramai yang boleh dibayar, dibeli, dipercayai dan disusun agar boleh menang dan lalu jadi ADUN atau MP, sudah tentu tak perlu masuk IPT pun boleh mengawal negara.

Lainlah untuk selepas ini menjelang mana-mana PRU, calon haruslah:

a) sekurang-kurangnya tamat pengajian di IPT
b) lulus kursus integriti dan antirasuah anjuran Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah SPRM
c) fasih berbahasa Melayu dari segi komunikasi dan penulisan
d) fahaman apa itu Islam ahli sunnah wal jamaah dan bukannya ejen pemikiran wahabi, syiah dan sebagainya

Maka barulah layak untuk setiap parti politik ini, mengemukakan nama-nama calon untuk dihantar ke medan perang bagi mendapatkan kerusi dalam arena politik.

Kalau tidak.. ibarat IPT buat kursus integriti dan antirasuah, hujung-hujung graduan cuma bekerja sebagai tukang sapu sampah, rider penghantar makanan dan kerja-kerja bukan professional.

Mana tidaknya, sehingga kini pun IPT masih gagal melahirkan generasi graduan yang mampu mencipta peluang pekerjaan sendiri, semua pakat mohon kerja dan tunggu kerja dengan gaji yang tinggi.

Sehubungan itu, jangan kata nak dapatkan rasuah, nak dapat kerja pun susah, baik fokus kursus integriti dan antirasuah kepada ahli politik khususnya!

(Visited 366 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button