Politik

Pas maafkan Mahathir

KOTA BHARU: Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah menerima secara terbuka sokongan yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M kepada Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

Kehadiran negarawan ulung tersebut menyampaikan ucapan buat kali pertama di pentas Pas pada program ‘Munajat Rakyat Kelantan: Ppakat Pertahan dan Amanat Pemimpin’ di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat memberi gambaran parti seolah-olah sudah memaafkan kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Saya harap dengan kemasukan beliau (Tun M) bersama kita (PN) dapat membersihkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini,” katanya selepas diminta mengulas kehadiran buat kali pertama Tun M berceramah di atas pentas Pas.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, Pas sentiasa terbuka menerima mana-mana individu yang sudah berubah untuk bersama-sama dengan perjuangan Pas.

Ujarnya, berkait soal sejarah semua orang ada sejarahnya.

“Kalau dalam sejarah Islam, semua orang yang masuk Islam sebelum itu mempunyai banyak masalah (dengan Islam) sebagai contoh lawan Nabi.

“Namun selepas pembukaan Kota Makkah, Abu Sufian, Khalid Al-Walid dan Wahsyi telah masuk (memeluk) Islam. Kalu kita tengok, Wahsyi bunuh bapa saudara Nabi (Hamzah Abu Mutalib. Jadi bila dia (Tun M) sudah berubah kita terima. Sejarah tu nak buat macam mana,” katanya. – Sinar Harian/SM

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button