Nasional

Rokok putih bernilai RM4.5 juta dirampas JKDM Kelantan

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas lebih 5.83 juta batang rokok putih bernilai RM4.5 juta termasuk cukai dalam tiga operasi berasingan antara akhir bulan lepas dan Khamis lalu.

Pengarahnya, Mohd Nasir Deraman dalam satu kenyataan berkata rampasan berkenaan dilakukan di Jalan Pasir Pekan, Pasir Mas pada 28 Mac, Kampung Keluat, Bachok pada 10 April dan Pantai Mek Mas, Kota Bharu pada 14 April.

Jelasnya, rokok itu dipercayai masuk dari negara jiran untuk dipasarkan di negeri ini.

Justeru kesemua operasi tersebut telah merampas sebanyak 583 peti mengandungi 5,836,800 batang rokok seludup dengan nilai keseluruhan RM633,432 dan melibatkan cukai berjumlah RM3,915,631.

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan membawa masuk rokok seludup melalui sungai Golok di sempadan negara sebelum diedarkan kepada pelanggan tempatan.

“Kami bagaiamanapun sedang mengesan pemilik rokok seludup berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967” katanya. – Bernama – SM

(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button