Politik

Annuar selar Kit Siang bermimpi

Kenyataan penuh Tan Sri Annuar Musa:

ADAKAH LIM KIT SIANG BERMIMPI?

Saya ambil perhatian Kenyataan Blog Lim Kit Siang pada Sabtu 21.7.2023 bahawa dia akan memulakan tindakan guaman terhadap saya. Dia juga menyatakan tidak akan menerima permohonan maaf dan mahukan gantirugi dari saya.

Saya mengalu-alukan tindakan guamannya. Jawapan peguam saya bertarikh 21.7.2023 memberikan bukti-bukti yang mengaitkannya dengan Rusuhan 13 May 1969 dan dia sendiri sering membangkitkan hal ini termasuk kebelakangan ini.

Dia juga terkeliru kerana saya mempertahankan kenyataan saya dan tidak pernah berkata akan memohon maaf untuk mengelakkan ugutan gantirugi. Dia berangan-angan bahawa saya akan memohon maaf atas kenyataan saya yang merupakan FAKTA yg terdapat dlm pelbagai tulisan, hansard Parlimen dan rekod keselamatan

Saya tidak perlu memohon maaf kpd TS LKS dan malah beliaulah yang perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas segala ungkapannya yang sering menyinggung perasaan dan sentimen orang Melayu dan kaum bumiputera.

Apakah beliau bermimpi?

(Visited 243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button