Nasional

“Alamak.. Macam Mana Abang Polis Trafik Ada Dekat Jeti? Mampus Tak Boleh U-Turn!” – Geng Motor

Siapa sangka hajat geng konvoi nak sambut tahun baharu 2022 di Pulau Langkawi dimulakan dengan sambutan abang polis trafik di jeti pelabuhan di Tanjung Lembung.

Situasi ini dapat ditonton menerusi satu video di TikTok yang menunjukkan sekumpulan pemuda ditahan oleh sepasukan polis sejurus kapal mereka naiki sampai di jeti pelabuhan.

Setiap daripada mereka perlu menolak keluar motosikal masing-masing daripada kapal dan berbaris untuk pemeriksaan dan di dalam kapal, masih ramai yang belum keluar.

Menurut info, geng konvoi’ ini berlepas menaiki kapal dari Kuala Perlis menuju ke jeti pelabuhan di Tanjung Lembung, Pulau Langkawi.

Mereka dipercayai dalam perjalanan untuk bercuti dan pada masa sama mahu menyambut ‘acara tahun baharu’ di pulau bersejarah tersebut.

Tambah orang ramai lagi, pasukan polis begitu cekap dengan membuat perancangan rapi sehingga tiada siapa boleh terlepas daripada pemeriksaan besar-besaran yang dilakukan di jeti pelabuhan tersebut.

(Visited 653 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button