Ekonomi

Tuntut eBeliaRahmah dan belanja di seluruh negara menggunakan aplikasi Setel

BAGI menyokong inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban kewangan dan menggalakkan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, Setel – penyedia perkhidmatan e-Dompet rasmi eBeliaRahmah – menawarkan  individu yang layak berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar Malaysia sepenuh masa yang berdaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia peluang untuk memohon dan menerima kredit RM200 secara ‘one-off’ melalui
aplikasi Setel sehingga 31 Ogos 2023.

Selain itu, peserta dalam program ini boleh bermanfaat daripada ganjaran pulangan tunai yang menarik, eBaucar eksklusif daripada rakan kongsi runcit kami, dan juga rebut peluang untuk memenangi tiket konsert!

“Pengumuman Setel sebagai penyedia perkhidmatan e-Dompet eBeliaRahmah telah mencetuskan tahap penglibatan dan galakan yang luar biasa daripada orang ramai.

“Berdasarkan maklum balas yang positif, kami teruja untuk mengumumkan manfaat tambahan yang ditawarkan oleh Setel, selari dengan objektif utama inisiatif ini: untuk memenuhi keperluan harian individu muda sambil memacu perkembangan ekonomi bagi perniagaan tempatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan.

Dapatkan pulangan tunai tambahan sehingga RM105 dengan berbelanja di 1.6 juta kedai runcit di seluruh negara, di lebih 1,000 stesen PETRONAS, di cawangan Café Mesra, serta pembelian dalam talian di PETRONAS Shop, dan promosi selamat datang RM10 untuk semua pengguna yang baharu.

Dapatkan sekumpulan eBaucar daripada rakan niaga Setel dengan pembelian minimum RM5 di mana-mana kedai yang menerima Setel QR atau DuitNow QR. Setel QR boleh didapati di semua stesen PETRONAS di seluruh negara. Tebus eBaucar ini dalam bahagian ‘Tawaran’ pada tab ‘Ganjaran’ di aplikasi Setel untuk pembayaran anda yang seterusnya. eBaucar ini adalah terhad, jadi siapa cepat dia dapat!

Rebut peluang untuk memenangi sepasang tiket konsert di Singapura untuk dua belia bertuah yang menuntut dan membelanjakan kredit eBeliaRahmah mereka dengan Setel dari 26 Jun hingga 31 Ogos 2023. Pemenang akan dipilih secara rawak dan akan diumumkan melalui aplikasi Setel dan media sosial. – SM

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button