Politik

Tok Mat Hassan bertanding kerusi Parlimen Rembau pada PRU15

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti, lapor Malaysiapost.

Mohamad dilaporkan berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Cawangan Sri Kota, semalam.

“Saya kena pergi pusat dan besar kemungkinannya nanti, PRU15 ini saya akan menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen di Rembau.

“Disebabkan dua orang dari satu tempat, kita kena berpecah ke kawasan yang lain.

“Saya pula tak tahu nak pergi ke mana. Ini kawasan saya dan sebagai Ketua Bahagian UMNO saya menawarkan diri di sini,” katanya.

Dengan pengumuman rasmi yang dibuat Mohamad itu, penyandang kerusi parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi perlu mencari kerusi lain untuk bertanding.

Bagaimanapun, Mohamad memberi jaminan bahawa Khairy akan diberikan kerusi yang boleh menjamin kemenangannya dalam pilihanraya umum akan datang.

Sebelum itu, Ketua UMNO Cawangan Sri Kota, Datuk Seri Dr. Awaludin Said membentangkan usul tergempar mencadangkan agar Mohamad bertanding di Parlimen Rembau dalam PRU15 nanti.

Difahamkan Khairy bakal bertanding Parlimen Tampin yang jatuh ke tangan Parti Amanah Negara (Amanah) pada PRU14 lalu. – ASTRO – SM

(Visited 3,706 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button