Hiburan

Aliff Syukri tuduh netizen tidak tahu menilai seni

DATUK Aliff Syukri menyifatkan netizen tidak mempunyai jiwa seni kerana telah mengkritik dan mengecam muzik video baharunya yang mempamerkan penari lembut.

Bagaimanapun, bukan penari yang menari seperti cacing kepanasan sahaja yang menjadi tumpuan muzik video kali ini, namun imej yang dikenakan kepada penari latarnya itu mengundang kritikan ramai pihak.

Imej bersongkok, namun mengenakan baju tanpa lengan, rantai dan pakaian menjolok mata jelas sekali boleh mencemarkan nama Islam itu sendiri selain merosakkan imej kemelayuan.

Jelas sekali tindakannya itu mampu memberi imej negatif kepada islam tambahan di bulan suci, Ramadan ini.

Menyambut kemenangan Aidilfitri yang bakal tiba, konsep seni Aliff Syukri memang satu tindakan yang sangat kurang tepat tambahan lagu beliau ini merupakan lagu raya, lagu yang menjadi simbol kemenangan besar kepada umat Islam seluruh dunia.

Berseni tidak salah tetapi cara memaparkan seni itu boleh disalah tafsir. Adakah ia hanya untuk publisiti semata-mata?

Jelasnya, tarian yang ditampilkan adalah seni penari itu sendiri yang ingin menonjolkan kebebasan.

Imej penari lembut dibawanya dikatakan ingin “menjadi diri sendiri” dan netizen tidak mempunyai hak untuk mengkritik personaliti seseorang individu.

Justeru Aliff Syukri perlu mengkaji terlebih dahulu SENI yang digunakan itu tidak menyentuh mana-mana sensitiviti, bukan fikir seronok sahaja.

Seni yang dipersembahkan Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu pun dipertikai, inikan pula isu yang begitu dekat dengan masalah sosial masa kini. – SM

(Visited 882 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button