Rencah Hidup

Al-Quran, bilik solat terpelihara daripada banjir

RUMAH berlumpur dan semua barangan rosak disebabkan banjir tetapi al-Quran dan bilik solat berada dalam keadaan bersih seolah-olah tidak terusik oleh banjir.

Semalam sebuah video tular yang menunjukkan Ustazah Asma’ Harun tergamam dan menitiskan air mata melihat al-Quran terpelihara sedangkan keadaan rumah kotor akibat banjir.

Asma’ yang menyertai misi menyelamatkan mangsa banjir juga turut menunjukkan beberapa barangan lain langsung tidak basah serta al-Quran kering dan terletak elok di atas rehal.

Dalam video tersebut juga dapat dilihat kesan air banjir di dinding rumah itu yang berada di paras kepala Asma’.

Sementara itu, tular lagi satu video Tiktok yang menunjukkan keadaan bilik solat yang bersih sedangkan rumah dipenuhi lumpur.

Melihat diruangan komen, orang ramai memuji kebesaran Allah yang melindungi bilik solat daripada terkena arus banjir.

“Subhanallah kuasa Allah. Semalam tengok video ustazah asma pasal al-Quran yang tenggelam air banjir tapi tak basah. Hari ini bilik solat pula,” komen pengguna Tiktok.-SM

(Visited 428 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button