HiburanJenayah

Apa lagi yang anda belum tahu tentang kematian Tangmo

SEMBILAN hari selepas kematian aktres dan model cantik dari Thailand, Tangmo Nida, yang popular menerusi lakonannya dalam Bangkok Love Stories dan drama berjudul Baifern, kisahnya masih diikuti rapat dan trending di Twitter.

Hari ini, bot yang membawa Tangmo dikatakan berjaya ditemui dan di atas bot itulah, dikatakan mendiang aktres ini meraikan hari lahirnya.

Ramai yang mahukan kematian Tangmo disiasat secara terperinci oleh pihak berkuasa Thailand demi memberi keadilan kepada si mati.

Media tempatan Thailand juga sibuk membuat liputan tentang terkembangan terkini kes kematian Tangmo.

Namun setakat hari ini, upacara pengebumian Tangmo masih belum dikhabarkan oleh pihak keluarga, iaitu ibu Tangmo.

Bebenang Twitter terus memperlihatkan catatan berkaitan dengan kematian Tangmo.

Seorang pengguna Twitter, sachi@AtthaphanPGun membuat catatan yang berbunyi: Selepas melihat mayat Tangmo, 101 peratus saya percaya beliau dibunuh.

Mayatnya langsung tidak kelihatan seperti kematian disebabkan kemalangan (terjatuh ke dalam Sungai Chao Praya, enam hari lalu) walaupun saya tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Saya percaya mereka telah melakukan sesuatu ke atas Tangmo.

Jadi, sekiranya ibu Tangmo tengok kejadian yang berlaku ke atas anaknya dengan matanya sendiri, bagaimanakah dia (ibu Tangmo) boleh terima duit berjumlah 30 juta Bath jika dibandingkan dengan keadilan untuk kematian anaknya?

Seorang lagi pengguna Twitter, hiyung@hi_yermbae dalam hantarannya tiga jam lalu, menulis bahasa kes kematian Tangmo mengajarnya supaya tidak mudah mempercayai sesiapapun, walaupun orang itu adalah individu yang paling rapat dengan kita.

Catatnya lagi, berhati-hatilah dengan orang yang membenci kita dalam diam dan orang ini berpura-pura baik di hadapan kita.

Dia turut menyampaikan salam takziah yang amat dalam kepada ahli keluarga Tangmo.

Dengan tandapagar #justicefortangmo, diimbas kembali berita kematian Tangmo diberikan liputan termasuk di media sosial.

Enam hari lalu, pada 1 Mac 2022, mayat aktres Thailand, Tangmo ditemukan terapung di Sungai Chao Praya.

BACA PAUTAN DI BAWAH:

BACA JUGA BERITA:

 

(Visited 5,255 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button