
“Aku Mati Nanti, Jangan Datang Tengok Anak” – Fara Salleh
ISTERI kepada pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar, iaitu Fara Salleh meluahkan kekecewaan yang mendalam terhadap sikap suaminya yang didakwa mengabaikan tanggungjawab semasa beliau berdepan masalah kesihatan serius sewaktu hamil.
Dalam perkongsian emosional di media sosial, Fara mendakwa mengalami ketidakstabilan jantung serta pendarahan di rahim, hingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Namun begitu, dia terkilan apabila mendakwa Shuk langsung tidak hadir menjenguknya atau bertanya khabar, meskipun doktor sudah memberi amaran mengenai tahap keseriusan keadaannya.
“Kau nak aku mati ke? Bila aku mati nanti baru kau nak datang tengok anak?” tulis Fara yang turut menuntut agar Shuk segera menyerahkan dokumen berkaitan kesihatan jantungnya.
Fara juga mendedahkan beliau terpaksa menguruskan segala urusan pemeriksaan dan rawatan sendiri tanpa sokongan suami. Malah, menurutnya, segala dokumen penting berkenaan kesihatan kandungan dan dirinya masih berada dalam simpanan Shuk, yang dipercayai diperlukan untuk pemantauan lanjut.
Larang Jumpa Anak Jika Tiada Penyelesaian
Dalam luahan yang sama, Fara turut membuat keputusan drastik dengan melarang Shuk dan keluarga mentuanya daripada bertemu anak mereka sekiranya beliau meninggal dunia semasa melahirkan nanti.
“Kalau aku mati masa bersalin nanti, kau tak payah datang tengok anak. Aku tak izinkan… Biar keluarga aku jaga,” katanya.
Larangan itu dibuat susulan rasa kecewa Fara terhadap sikap Shuk yang didakwanya enggan menyelesaikan isu berkaitan pendaftaran perkahwinan dan penceraian mereka secara sah.
Dakwa Pernah Dihina
Lebih memilukan, Fara turut mendakwa pernah dihina dengan panggilan seperti “jalang” dan “pelacur” semasa berada di luar negara bersama Shuk, menambah luka terhadap konflik rumah tangga mereka yang kian meruncing.
Setakat ini, Shuk Sahar masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjawab tuduhan dan tuntutan yang dibuat oleh Fara.