Rencah Hidup

“‘Aku Ceraikan Kau!’ – Aiman Lafaz Cerai Ketika Siti Jamu Mall Live TikTok

DRAMA rumah tangga pasangan pempengaruh, Siti Jamumall dan Aiman Tak Kesah kembali menjadi perhatian selepas pergaduhan mereka yang disiarkan secara langsung di TikTok berakhir dengan lafaz cerai talak dua oleh Aiman, pagi Khamis lalu.

Menerusi video yang tular dimuat naik oleh pengguna @syaz_hunny_beey, Siti dilihat menangis teresak-esak sambil menjual produk, sebelum memohon agar Aiman keluar dari bilik.

“Saya tak nak tengok muka awak, tolonglah keluar. Saya tengah tak okay,” rayu Siti sambil mendakwa Aiman bersikap tidak bertanggungjawab dalam rumah tangga.

“Awak buat rumah ini macam hotel. Balik pun satu atau dua jam saja. Kata-kata awak sangat menyakitkan hati saya,” katanya dalam siaran langsung tersebut.

Dakwaan Keganasan Rumah Tangga

Ketegangan memuncak apabila Siti mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga hingga kes tersebut pernah melibatkan pihak polis.

“Saya dah jadi takut dengan awak. Awak tahu apa yang berlaku, kita dah sampai kes polis sebab awak pukul saya,” luahnya sambil menangis.

Dalam pada itu, Aiman membalas tuduhan dengan mendakwa dirinya sering difitnah curang setiap kali keluar malam.

“Awak asyik cakap saya curang. Setiap kali saya keluar malam, awak tuduh saya. Telefon saya pun dah pecah akibat bergaduh,” katanya sebelum secara terbuka mengakui pernah memukul Siti.

Lafaz Cerai di Akhir Siaran Langsung

Pergaduhan itu berakhir dengan Aiman melafazkan cerai talak dua terhadap Siti secara terbuka di hadapan penonton siaran langsung TikTok.

“Okay, ya aku pukul kau. Biar mahkamah uruskan. Sekarang untuk elakkan berlakunya lagi keganasan rumah tangga, aku ceraikan kau. Jumpa di mahkamah,” katanya sebelum keluar dari rumah.

Kisah Perkahwinan dan Anak

Untuk rekod, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019, namun mereka berpisah selepas tiga tahun. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki – Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4.

Siti kemudian mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun 2023. Mereka sebelum ini pernah dilaporkan bercerai namun rujuk semula selepas pengesahan lafaz.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button