Nasional

Permit sementara bermasa di Jalan PJS 2D/1, Taman Medan Petaling

Wabak Pandemik Koronavirus (Covid-19) telah memberikan kesan yang buruk terhadap kestabilan ekonomi dan secara tidak langsung memberikan impak yang serius terhadap kadar penggangguran dan jurang pendapatan isi rumah semakin melebar terutamanya golongan B40.

Atas faktor ini juga, lambakan peniaga tanpa lesen (PTL) semakin meningkat di Petaling Jaya akibat desakan hidup untuk mencari sumber pendapatan.

Prihatin terhadap golongan berkenaan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) secara langsung  bertanggungjawab untuk membantu PTL dengan memberikan Permit Sementara Bermasa bagi menjalankan aktiviti perniagaan untuk jana pendapatan ketika pasca Covid-19.

Untuk makluman, pada tempoh perintah kawalan pergerakan yang lalu, MBPJ telah mengeluarkan sebanyak 249 permit PKP/PKPD/PPN sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula pada bulan Jun 2021 sehingga Oktober 2021.

Pemberian permit Fasa 1 telah dilaksanakan pada bulan Julai yang melibatkan 10 Zon kawasan Ahli Majlis. Sebanyak 185 permit telah dikeluarkan seperti berikut:

  1. PJS 1 dan PJS 3 (Zon 17)   86
  2. Jalan Besar PJCC, Petaling Jaya (Zon 18)   27
  3. SS 5 dan SS 6 Kelana Jaya (Zon 21)   25
  4. PJU 4 dan PJU 5 (Zon 3)   18
  5. PJS 6 (Zon 24) 14
  6. Seksyen 2, Seksyen 3, Seksyen 4, dan Seksyen 51 (Zon 15) 5
  7. SS2 (Zon 8) 5
  8. Seksyen 1, Seksyen 1A dan Seksyen 18 (Zon 16) 3
  9. Seksyen 17A, Seksyen 19 dan SS20 (Zon 9) 1
  10. SS 21, SS 22 dan SS 22A (Zon 5) 1

Pemberian permit Fasa 2 telah dilaksanakan pada bulan Ogos dan September yang melibatkan empat zon kawasan Ahli Majlis. Sebanyak 64 permit telah dikeluarkan seperti berikut:

  1. Jalan PJS 2/1, Taman Dato Harun (Zon 18) 14
  2. Jalan PJS 6/6b, Petaling Jaya (Zon 24) 1
  3. Jalan SS 3/19, Sg. Way (Zon 20) 1
  4. Jalan Pekaka 8/1, Sek. 8 Kota Damansara (Zon 3) 48

Jumlah 64

Bagi sesi pemberian permit sementara bermasa di Jalan PJS 2D/1 pada hari ini, MBPJ telah pun mengadakan sesi perjumpaan bersama PTL pada 15 september 2021.

Seramai 49 orang PTL telah dilesenkan di sekitar lokasi berkenaan. MBPJ turut menyediakan 51 petak bersaiz (8×8 kaki persegi) bagi menyusun dan menempatkan PTL mengikut konsep perkongsian petak mengikut
sesi.

Konsep perkongsian petak ini dibahagikan kepada tiga sesi iaitu:

  • Sesi 1 (6.00 pagi hingga 10.00 pagi),
  • Sesi 2 (11.00 pagi hingga 5.00 petang)
  • Sesi 3 (6.00 petang hingga 12.00 tengah malam)

Tempoh permit adalah 1 bulan dan kadar bayaran permit sementara bermasa adalah RM40 sebulan bagi satu petak/sesi. Usahawan mikro (penjaja) boleh memperbaharui permit maksimum sehingga 3 bulan. Kelulusan permit adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MBPJ dan akujanji yang ditandatangani oleh mereka.

Jumlah keseluruhan Permit Sementara Bermasa yang dikeluarkan oleh Majlis sehingga hari ini adalah sebanyak 802 permit. 504 permit bekenaan dikeluarkan ketika sebelum wabak pandemik dan 298 permit lagi adalah semasa pasca pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, MBPJ akan membuat kajian berhubung permit sementara bermasa pada tahun 2022 dan akan menambah lebih banyak lokasi permit sementara bermasa untuk usahawan mikro di Petaling Jaya mengikut keperluan.

(Visited 309 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button