Hiburan

Aktor Wahid Satay meninggal dunia pagi ini

SENIMAN filem Melayu Klasik yang dikenali dengan nama pentasnya, Wahid Satay telah kembali ke rahmatullah pagi ini.

Berita yang amat mendukacitakan itu dikongsi dalam laman Facebook oleh anak allahyarham Datuk Aziz Satar.

Wahid Satay atau nama sebenarnya, Abdul Wahid Ahmad, meninggal dunia di Singapura pada usia 93 tahun.

Allahyarham Wahid Satay mula aktif dalam dunia lakonan sejak tahun 1957 dan telah membintangi lebih daripada 30 filem.

Beliau juga pernah memenangi Anugerah Oskar Black Gold bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Pesta Filem Asia di Manila, Filipina pada tahun 1963.

Beliau juga pernah memenangi anuegarah Pelawak Terbaik dalam Pesta Filem Asia di Taiwan pada tahun 1966 dan Anugerah Perdana Emas yang dianugerahkan oleh MediaCorp dalam acara Pesta Perdana 2007.

Salam takziah buat seluruh keluarga dan peminat allahyarham Wahid Satay. – SM

BACA Aktor Ridzuan Hashim meninggal dunia ketika sarapan

(Visited 308 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button