Hiburan

Aktor Aidit Noh, kru Dendam Seorang Isteri positif Covid-19

SEMALAM angka kes Covid-19 harian mencatat 9,117 dan ramai sudah mula lebih berhati-hati dalam menjalani rutin harian. Pandemik Covid-19 yang melanda kita semua sejak awal tahun 2020 bukan sahaja merubah kehidupan kita tetapi turut membantutkan banyak perkara terutamanya dalam kerja.

Norma baharu kehidupan dalam pandemik Covid-19 memberi kesan yang teruk kepada anak-anak seni termasuk kru-kru poduksi kerana sebelum ini, tanpa ada SOP yang tertentu, penggambaran tidak dapat dijalankan. Ada dalam kalangan pekerja di belakang tabir terpaksa meminjam duit RM50 untuk memberi barang dapur.

Apabila penggambaran sudah dibenarkan, penerbit dan sutradara, Shahrulezad Mohameddin memaklumkan, syarikat produksi Radius One Sdn. Bhd terpaksa menghentikan serta merta penggambaran drama bersiri berjudul Dendam Seorang Isteri selepas pelakonnya, Aidit Noh dan kru produksi disahkan positif Covid-19.

Pengesanan ini dapat dilakukan kira-kira dua hari lepas.

Shahrulezad berkata, pihaknya mengambil tindakan pantas sejurus dimaklumkan tentang keadaan pelakon dan kru memandangkan penularan varian Omicron lebih pantas berbanding varian-varian lain sebelum ini.

“Kita ada dua team penggambaran untuk drama bersiri ini tetapi apabila kita dimaklumkan, pelakon Aidit serta kru ada yang positif Covid-19, kedua-dua team penggambaran menghentikan penggambaran,” katanya.

Beliau berkata, sungguhkan tiada gejala awal ditunjukkan oleh mereka yang positif Covid-19 pada awalnya namun mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko dan menjemput pegawai perubatan untuk menjalankan ujian.

Selepas ujian dilakukan, kata Shahrulezad lagi, ada beberapa orang kru turut positif manakala yang lain-lain akan terus melakukan kuarantin selama 10 hari.

Tambah beliau, dia dan team penggambaran tidak panik kerana ini bukanlah kali pertama mereka berdepan dengan situasi seperti itu.

“Kali ini, kami tidak panik seperti sebelum ini kerana sudah ada pengalaman dengan prosedur operasi standard (SOP) dan sebagainya.

“Kami sentiasa bersiap sedia dengan segala kemungkinan selepas melihat peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini,” jelasnya.

Beliau berkata, dari awal lagi mereka sudah bersedia dengan kemungkinan terpaksa berdepan dengan situasi begitu.

Bagaimanapun, Shahrulezad berkata, beliau tetap bersyukur kerana mereka dapat mengesan lebih awal dan mengambil tindakan dengan kadar segera.

“Pihak Astro pun faham dan tiada sebarang masalah,” katanya. SUMBER ASTRO GEMPAK- SM

(Visited 454 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button