Hiburan

Aktiviti pengambaran dilarang di negeri laksana PKP

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tidak membenarkan sebaran aktiviti pengambaran di kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid, kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Pemulihan pula boleh menjalankan pengambaran.

“Aktiviti pengambaran di kawasan PKPB dan PKPP boleh diteruskan seperti biasa dengan syarat perlu patih pada semua garis panduan dan operasi pematuhan standard (SOP).

“SOP yang perlu dipatuhi ialahprotokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan pada semalam mengumumkan pelaksanaan PKP bermula tengah malam ini ehingga 26 Januari depan bagi mengekang penularan kes Covid-19.

Enam negeri yang menjalani PKP adalah Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Melaka.

Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan manakala Perlis dan Sarawak pula berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). -SM

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button