Ekonomi

PT Resources agih dividen pertama sejak disenaraikan

KUALA LUMPUR 26 Okt. – PT Resources Holdings Berhad (“PT Resources” atau “Syarikat”), pemproses dan peniaga produk makanan laut sejuk beku, dan peniaga produk makanan lain, mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 65 sen sesaham biasa berjumlah RM3.48 juta untuk tahun kewangan berakhir 30 April 2024 akan dibayar pada 10 November 2023.

Ini merupakan agihan dividen pertama daripada Syarikat sejak penyenaraiannya pada September 2022.

Pengumuman itu dibuat ketika Mesyuarat Agung Tahunan ke-4 dan pada masa semua resolusi yang dibentangkan pada AGM itu mendapat sokongan sebulat suara daripada para pemegang sahamnya.

Resolusi biasa yang merangkumi urusan rutin AGM telah diluluskan tanpa pertikaian.

Selain itu, resolusi khas, berkaitan dengan cadangan pindaan kepada Perlembagaan Syarikat, juga mendapat kelulusan sebulat suara.

Pengarah Urusan PT Resources, Heng Chang Hooi berkata, syarikat ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemegang saham di atas kepercayaan dan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi.

“Kepercayaan mereka terhadap Kumpulan adalah asas kejayaan kami dan mendorong komitmen kami untuk lebih cemerlang,” katanya di sini hari ini.

Chang Hoi berkata, iamerupakan tahun yang luar biasa bagi PT Resourced yang mencatatkan pertumbuhan hasil yang kukuh pada TK2023, lonjakan yang luar biasa sebanyak 44. peratus kepada RM502.6 juta, berbanding TK2022.

Ujaranya, peningkatan ketara ini adalah disebabkan oleh permintaan dalam dan luar negara.

Apabila pemulihan global berkembang dan dengan sempadan China dibuka semula secara beransur-ansur, PT Resources meramalkan momentum jualan yang berterusan.

Ini disokong oleh usaha Kumpulan untuk memenuhi jumlah pelanggan yang semakin meningkat di luar negara, terutamanya melalui anak syarikat baharu di China dan Indonesia.

(Visited 23 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button