Nasional

Keputusan benar rentas balik raya diketahui awal puasa

KEPUTUSAN sama ada rakyat dibenarkan untuk merentas negeri dan pulang beraya di kampung sempena Hari Raya Aidilfitri akan diketahui pada awal Ramadan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut akan diumumkan lebih awal supaya tidak mengganggu persiapan rakyat.

Beliau menjelaskan, kebenaran rentas negeri akan hanya dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) selepas kementerian itu membuat penilaian risiko.

“Kerajaan akan umum sama ada boleh atau tidak dalam waktu terdekat, kita pun tidak hendak ganggu orang balik kampung, hendak beli tiket kapal terbang atau bas.

“Saya akan minta KKM supaya buat pengumuman lebih awal boleh atau tidak. Maka rakyat boleh bersedia. Bulan puasa saya akan beritahu kepada Ketua Pengarah KKM tampil dengan pengumuman, cadangan. Ini dibawah KKM sebab mereka yang buat penilaian,” katanya hari ini.

Jelas Ismail Sabri lagi, kerajaan tidak mahu kewujudan 31 kluster balik kampung berulang apabila rentas negeri dibuka seperti tahun lalu.-SM

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button