Ekonomi

PM terima AS$360 juta daripada Agrico Qatar untuk pelaburan

DOHA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima surat akujanji (LoC) untuk pelaburan AS$360 juta daripada Agrico Qatar.

Surat itu disampaikan sendiri oleh pengerusi Agrico Qatar, Ahmed Hussain Al-Khalaf dalam satu majlis ringkas sempena lawatannya ke ladang sayur-sayuran, cendawan dan udang organik Agrico di Al Khor, kira-kira 50km ke utara dari sini.

Turut hadir Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup dan Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh.

Terdahulu, Perdana Menteri dan delegasi Malaysia melawat Ladang Baladna milik Baladna Food Industries.

Beliau disambut sebaik tiba oleh pengerusi Kumpulan Industri Makanan Baladna Moutaz Al-Khayyat dan pengarah urusannya Ramez Al-Khayyat.

Ismail Sabri turut diberi taklimat mengenai syarikat itu oleh ahli lembaga bebasnya Aidan Tynan.

Perdana Menteri dan delegasi Malaysia juga dibawa melawat ke pengeluaran susu berkualiti terkini Baladna daripada lembu Holstein menggunakan rumah pemerah susu berputar paling canggih.

Turut hadir Menteri Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Qatar Sheikh Dr Faleh bin Nasser bin Ahmad Al-Thani.

Perdana Menteri kini sedang dalam lawatan tiga hari ke Qatar.

 

(Visited 300 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button