Pendidikan

AKMAL Buktikan Hafiz Tak Perlu Bertahun Cukup Dengan Sistem Dan Semangat

DI sebalik kejayaan pelajar hafaz 30 juzuk Al-Quran dalam masa dua bulan, tersembunyi satu rahsia sistematik yang dibangunkan Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) — sebuah formula pendidikan tahfiz yang terbukti mencabar batas kemampuan anak muda hari ini.

Tidak seperti pendekatan tradisional yang hanya berfokus kepada hafalan, sistem AKMAL menggabungkan elemen psikologi pembelajaran, motivasi harian, disiplin kendiri dan persaingan sihat dalam kalangan pelajar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AKMAL, Mohd. Saifullah, sistem memberikan motivasi kepada pelajar dan bersaing secara sihat  bukan sahaja meningkatkan prestasi hafazan, malah membina daya juang dan keyakinan diri yang luar biasa dalam kalangan pelajar.

“Dalam sistem AKMAL, King of Formula yang kami bangunkan menjadi pemangkin kepada tenaga dalaman pelajar. Mereka tidak hanya datang untuk hafal, tapi datang dengan misi. Kami letakkan sasaran jelas kepada setiap individu — ada yang target setahun, ada yang mahu cabar diri bawah 6 bulan,” katanya.

“Bila motivasi dibina dengan betul, pelajar akan berlumba sesama sendiri secara sihat. Semangat ingin menjadi yang terbaik mendorong mereka capai tahap luar jangka — ada yang tamat dalam 8 bulan, 6 bulan, malah paling cepat pernah dicapai ialah dua bulan setengah. Itu semua hasil strategi, bukan kebetulan,” Katanya.

Gabungan pendekatan spiritual, intelektual dan emosi inilah yang menjadikan program “Hafiz Setahun” oleh AKMAL antara program tahfiz paling sistematik dan berkesan di Malaysia.

Semalam berlangsungnya Majlis Haflah Takrimiah AKMAL ke-6 yang berlangsung hari ini di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), menjadi saksi kepada kejayaan pendekatan ini. Sebanyak 150 pelajar Huffaz diraikan dalam suasana penuh barakah dan haru, di hadapan lebih 1,000 tetamu termasuk ibu bapa, alumni dan tokoh pendidikan Al-Quran seluruh negara.

Dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, majlis ini bukan sekadar penutup program — ia menjadi pentas mengetengahkan kisah luar biasa para pelajar.

Salah seorang pelajar yang mencuri perhatian ialah adik Ziyad, berusia 10 tahun dan merupakan anak istimewa mild autisme. Beliau berjaya menghafaz keseluruhan 30 juzuk dalam hanya 4 bulan 6 hari, selepas memasuki AKMAL dengan bekalan 42 surah hafalan sedia ada. Daya fokus dan memori adik Ziyad mendapat pujian ramai, menjadikan beliau simbol keupayaan luar biasa insan istimewa.

Turut diraikan ialah anak kepada selebriti nasyid Syah Inteam, serta adik Muhamad Aiman, 16 tahun, yang berjaya menerima Syahadah Hafazan dalam tempoh kurang setahun

Kini, AKMAL melangkah lebih jauh dengan perancangan menubuhkan pusat pengajian tinggi mereka sendiri hasil kerjasama dengan Markfield Institute of Higher Education (MIHE), United Kingdom — satu langkah besar bagi membuka laluan akademik lanjutan bertaraf antarabangsa kepada para Huffaz.

Dengan setiap tahun memperlihatkan pencapaian luar biasa, AKMAL terus membuktikan bahawa generasi muda bukan sahaja mampu menjadi pewaris Al-Quran, malah mampu mencapainya dalam tempoh luar jangka — asalkan dibimbing dengan sistem yang betul, sokongan padu dan strategi yang terbukti.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, layari: www.hafizsetahun.com

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button