Hiburan

Janna Nick Luah Perasaan, Lahir Dalam Keluarga Berantakan Tiada Yang Indah!

Selebriti jelita tanah air, Janna Nick dalam satu perkongsiannya kepada media mendedahkan dia sebenarnya memiliki kisah lampau yang langsung tidak menggembirakan.

Janna membuka cerita bahawa dia merupakan mangsa keluarga yang berantakan dan selalu cemburu dengan rakan-rakan yang dibesarkan bersama ibu dan ayah masing-masing.

Boleh dikatakan personaliti Janna yang kita lihat hari ini, adalah satu perwatakan yang dicipta bagi menutup kesedihan itu dengan cara memikir perkara yang indah-indah.

Usai perkongsian itu, ramai netizen yang selama ini mengecam Janna kononnya Janna sengaja mencari perhatian nampaknya bertukar haluan dan menarik kata yang dilemparkan.

Semuanya kerana ada di antara netizen itu turut merasai pengalaman yang serupa dengan Janna dan keperitannya hanya mangsa yang tahu selama bertahun-tahun.

(Visited 1,252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button