Belang Bertempat

Akhirnya UMNO beroleh keberanian, Muhyiddin terpaksa melutut

SELEPAS berkali-kali dikhianati dan dianiaya, akhirnya pemimpin UMNO mengambil langkah berani dengan menggulingkan menteri besar Perak merupakan orang kuat Bersatu.

Tidak cukup itu UMNO sanggup bekerjasama dengan DAP demi menyelesaikan kemelut tersebut, sedangkan sebelum ini mereka bertegas tidak akan bersama DAP sama ada di dalam kerajaan, mahupun di barisan pembangkang.

Walaupun inilah hakikat politik jika mahu menyaksikan politik yang stabil dan negara dapat bergerak ke hadapan, tetapi ego itu sukar dipecahkan.

Selain itu para pemimpin UMNO juga bimbang ahli di peringkat akar umbi tidak dapat menerima kerjasama baharu itu.

Bagaimanapun apabila banyak kali ditipu dan dianiaya, kesabaran para pemimpin UMNO akhirnya terlerai dan berkecai.

Dalam erti kata lain Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya terpaksa melutut kepada UMNO bagi mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri.

Bersatu sebenarya merupakan sebuah parti kecil yang berasakan mereka kuat, tapi sebenarnya lemah.

Satu sahaja kelebihan yang dimiliki mereka ialah jawatan perdana menteri. Jentera di peringkat akar umbi pun tiada, lantaran itu mereka goyah untuk menghadapi pilihan raya umum dan terus berusaha melambatkan pembubaran parlimen.

Mereka juga perlu menunggang jentera parti rakan komponen iaitu Pas dan UMNO untuk memastikan survival Bersatu. Bagaimanapun sikap para pemimpin mereka mudah lupa daratan menyebabkan hubungan sesama komponen sentiasa tegang.

Parti kecil yang merasakan diri mereka kuat, sebenarnya lemah dan telah hilang kuasa di Johor, di Kedah dan yang terbaru di Perak. Yang tinggal dan bersisa hanya di Sabah, itupun tunggu masa sahaja. Itupun jika UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan Warisan, Bersatu juga kehilangan kerajaan di Sabah.

Pada pilihan raya negeri Sabah tempoh hari walaupun UMNO memenangi paling banyak kerusi, parti kecil perasan besar itu berkeras mahukan jawatan ketua menteri dan memaksa UMNO mengalah.

Sudahlah kerusi yang ditandingi UMNO diletakkan calon begitu ramai Bebas bagi memastikan calon UMNO tidak menang dan jika menang sekalipun dengan majoriti kecil.

Kini episod politik berubah 100 peratus sekali lagi dan diharapkan selepas ini titik keseimbangan dicapai dengan segera demi negara bangsa.

(Visited 5,040 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button