fbpx
Politik

Akhirnya Rais pun tinggalkan Mahathir

TAN Sri Rais Yatim seorang pemimpin yang sangat mementingkan tutur kata yang sopan dan menghormati adad serta adab Melayu yang tinggi.

Sebagai pemimpin politik berpengaruh, sokongan dan gerakan politik beliau sentiasa memberi kesan mendalam.

Beliau memilih untuk bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam Bersatu dan berpakat dengan Pakatan Harapan (PH) yang akhirnya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lalu.

Ramai yang tidak tahu bahawa kedua-dua pemimpin ini adalah akrab dan Rais juga sering menegur Dr. Mahathir khususnya yang membabitkan pentadbiran serta dasar negara yang tidak selaras dengan kebajikan rakyat.

Sebagai pemimpin veteran Rais berpendirian beliau tidak perlu takut untuk menegur pemimpin utama negara demi kebaikan rakyat.


Namun akhirnya Rais sendiri meninggalkan Dr. Mahathir dan besar kemungkinan kerana kedegilan Dr. Mahathir hingga sukar mendengar teguran beliau.

Rais sering membangkitkan soal politik menjaga perut rakyat. Perkara itu berkali-kali ditegur beliau terhadap Dr. Mahathir sama ada di dalam pertemuan formal atau tidak formal.

Bagaimanapun Dr. Mahathir tetap dengan dasar beliau yang memaksa rakyat menjerut perut serta dituduh malas dan akhirnya kerajaan PH mulai dibenci oleh majoriti rakyat.

Dr. Mahathir pada asalnya dikatakan telah bersetuju dengan Langkah Sheraton iaitu membawa keluar Bersatu dari PH dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional bersama gabung PAS serta BN.

Langkah itu dibuat kerana kerajaan PH terlalu banyak berpolitik sehingga gagal berfungsi sebagai kerajaan untuk membela rakyat.

Beliau bagaimanapun membuat pusingan U dan kembali kepangkuan DAP serta PKR menjadi pembangkang.

Dan kini beliau terpaksa merayu kepada PKR supaya terus menyokong beliau sebagai perdana menteri sebagaimana DAP, untuk menumbangkang kerajaan PN.

Dr. Mahathir sedang berusaha memurnikan DAP dengan meyakinkan orang Melayu bahawa parti cauvanis Cina itu tidak merbahaya dan bukannya berniat jahat untuk menghancurkan Melayu.

Sedangkan selama hampir 22 bulan memerintah negara, terang-terangan DAP berusaha untuk merampas semua hak istimewa orang Melayu yang telah termaktub di dalam Perlembagaan.

Malah sejak sekian lama berada di dalam kerajaan, Dr. Mahathir tidak putus-putus mengingatkan orang Melayu tentang bahaya agenda DAP yang akan menyebabkan Melayu terpinggir di tanah air sendiri.

Selain memurnikan DAP, Dr. Mahathir memainkan peranan halus dalam peletakan jawatan CEO-CEO di dalam GLC yang kononnya kerana enggan bersekongkol dengan kerajaan PN yang korup.

Begitu juga naratif yang hampir sama sebelum pilihan raya lalu dibuat apabila beliau menutup kedai rotinya bagi memperlihatkan ekonomi negara berada dalam keadaan yang sangat buruk.

Golongan bijak pandai Melayu khususnya, cukup mudah tertipu dengan persona yang ditebar oleh Dr. Mahathir dan akhirnya mula menyokong gerakan yang dilancarkan walaupun kebanyakan mereka bukanlah ahli mana-mana parti.

Dan apabila tiba pilihan raya mereka akan berkempen serta menggunakan pengaruh di dalam keluarga dan masyarakat untuk menumbangkan kerajaan.

Bagi kerajaan PN, khususnya BN jika mereka tidak menyedari taktik itu, mereka akan jatuh ke dalam lubang yang sama. – SM

 

 

 

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button