Hiburan

Akhirnya bersemuka, Micheal Ang minta maaf dengan Noraniza Idris

PERSELISIHAN faham di antara pengarah, Micheal Ang dan penyanyi, Noraniza Idris selesai selepas mereka bersemuka dalam satu majlis anugerah malam tadi.

Micheal berkata, dia meminta maaf sekiranya komen jujur yang diberikan terhadap persembahan Noraniza dalam Gegar Vaganza terlalu kasar.

“Masa komen itu saya cakap berdasarkan persembahan sahaja. Kalau kasar (komen) saya minta maaf. Saya memberikan komen yang jujur pada malam itu,” katanya dalam Anugerah Meletop Era.

Sementara itu, Noraniza juga bersikap terbuka dan menerima maaf Micheal cuma berharap supaya komen-komen yang dikeluarkan selepas ini lebih berjaga-jaga.

“Kalau netizen yang komen saya tidak ada masalah. Ibaratnya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

“Tetapi bila orang berpengaruh seperti Micheal, saya rasa ramai netizen yang akan terpengaruh,” katanya.

Sebelum ini, perselisihan faham di antara Micheal dan Noraniza menjadi kecoh di laman sosial.

Semuanya bermula daripada komen Micheal terhadap persembahan Noraniza di program Gegar Vaganza yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati Noraniza, keluarga dan peminatnya. -SM

(Visited 496 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button