Ekonomi

190,000 pemilik akaun Bank Rakyat dikesan perlu moratorium lanjutan

BANK Rakyat telah mengesan hampir 190,000 akaun pembiayaan yang berpotensi terjejas dan memerlukan tawaran lanjutan moratorium selama tiga bulan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Bank Rakyat, setakat ini lebih 20 peratus pemilik akaun telah dihubungi dan selebihnya akan dilakukan secara berperingkat.

“Lanjutan ini akan diberikan kepada pelanggan yang menghadapi kesukaran bagi meneruskan pembayaran pembiayaan mereka selepas tempoh moratorium secara automatik tamat pada 30 September ini.

“Kemudahan bantuan lanjutan yang ditawarkan tersebut adalah khusus untuk pelanggan yang telah diberhentikan kerja pada tahun 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan baharu serta mereka yang diarahkan bercuti tanpa gaji oleh majikan dan berlanjutan sehingga Disember 2020,” katanya.

BACA> Bank Rakyat agihkan 1,830 pek daging korban kepada frontliner, asnaf

Menurutnya, bantuan bersasar juga ditawarkan kepada pelanggan yang dikenakan potongan gaji oleh majikan yang mana mereka boleh diberikan pengurangan ansuran selaras dengan kadar pengurangan gaji untuk tempoh minimum selama enam bulan.

Jelasnya kenyataan itu, Bank Rakyat turut menawarkan bantuan bersasar kepada individu terkesan yang bekerja sendiri atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menawarkan fleksibiliti.

“Fleksibiliti itu membolehkan pemilik akaun sama ada dengan membayar keuntungan sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan atau memanjangkan tempoh keseluruhan pembiayaan bagi mengurangkan ansuran bulanan.

“Bagi pelanggan yang berhasrat untuk memohon, boleh menghantar e-mel ke [email protected] dengan menyertakan sekali nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi.

BACA> Aktiviti perkhemahan bermalam, daki gunung dihadkan 50%

“Mereka juga boleh menghubungi Pusat Panggilan di talian 1300800800 atau mengunjungi cawangan bank yang berdekatan,” ujarnya.

Tambahnya, pelanggan juga digalakkan untuk melayari laman web korporat di www.bankrakyat.com.my atau laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat (Facebook, Instagram dan Twitter) untuk sebarang maklumat lanjut. -SM

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button