Politik

Akaun palsu Instagram hina Agong

MUAK melihat tindakan pihak tidak bertanggungjawab sengaja melakukan provokasi terhadap kedaulatan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

Gambar-gambar yang disunting secara jelek dengan kenyataan-kenyataan menghina sengaja dimuat naik ke dalam media sosial itu.

Tindakan tersebut sememangnya mencetuskan kemarahan rakyat negara ini apabila Yang di-Pertuan Agong dipermain-mainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Namun, amatlah dikesali sekiranya tiada tindakan lanjut daripada pihak berkuasa untuk menghentikan cubaan provokasi sedemikian.

“Wirawati Putra (Parti Bumiputera Perkasa Malaysia) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjalankan siasatan segera terhadap pemilik akaun media sosial kerana cenderung menghasut dan menghina Institusi Diraja yang mana ia semakin kerap dilakukan.

“Amat mendukacitakan jika perkara ini tidak dapat di atasi segera. Kita sudah hampir ke Tahun Baru 2021 namun aktiviti sebegini masih berpanjangan.

“Generasi Alpha masa kini yang lebih cenderung ke arah media sosial ataupun digital equipmen pasti melihat dan menilai apa yang mereka nampak.

“Bendunglah segera agar belia tidak terdedah dengan perkara yang boleh merosakkan moral.”

Gesa naib ketuanya, Nurhafizah Jamalludin dalam satu kenyataanya hari ini mendesak tindakan sedemikian dihentikan dan pihak berkuasa segera menghukum Malaysia.

Beliau berkata demikian merujuk kepada beberapa keping gambar dimuat naik menggunakan akaun palsu berniat menghina Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Sebuah akaun palsu menggunakan identiti ‘bukan_bangjago’ didakwa memuatnaik beberapa keping gambar yang disunting dengan niat untuk memprovokasi.

Malah, gambar-gambar yang dimuat naik sehingga tular itu turut mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini.

Baginda yang turut menerima gambar tular itu menggesa supaya tindakan diambil dan mendakwa pihak terbabit sengaja ‘mencari dosa’.

“Jika tidak mampu kalahkannya (bukan_bangjago), sertainya. Saya tunjukkannya (gambar berkenaan) kepada suami (Al Sultan Abdullah) dan katakan kepadanya ‘awak nampak comel dan seksi’.

“Gara-gara orang tak ada kerja, buat cari dosa je kan! Kepada Allah berserah! Sila ambil tindakan,” kata Tunku Azizah dalam akaun Instagramnya.

Dalam pada itu, tambah Nurhafizah pula, amat menyedihkan jika perkara sedemikian perlu dihadapi oleh Institusi Diraja menjelang akhir tahun 2020.

“Hari ini, 31 Disember 2020, sedang belia menghabiskan detik-detik akhir tahun sebelum menyambut tahun baru, Malaysia digemparkan dengan satu posting bergambar.

“Merujuk kepada gambar yang dimuatnaik itu, ia adalah gambar penghinaan terhadap Institusi Diraja dan perbuatan biadap, sudah pasti memalukan Agong,” luahnya.

Beliau dalam masa sama turut memaklumkan akaun tersebut dikesan wujud sejak 1 November lalu menerusi hantaran pertamanya.

Susulan itu beliau bersama ketua dan ahli Wirawati Putra membuat laporan polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur meminta tindakan diambil segera. – SM

 

(Visited 1,250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button